Ini 5 Port Menarik Untuk Moreh Sekitar Kuching

21 Mar 2024 • 2:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kat mana nak moreh kali ini?

Ini 5 Port Menarik Untuk Moreh Sekitar Kuching. Moreh atau jamuan selepas bertarawih memang sangat sinonim dengan bulan puasa. Tidak dinafikan, ada yang teruja menyambut kedatangan bulan ramadan bagi merasai ‘tradisi’ moreh ini.

Kebiasaannya, orang ramai mencari juadah ringan atau manisan sebagai hidangan moreh mereka. Apa yang menarik, hidangan moreh ini biasanya hanya dijual pada bulan puasa, dan itulah sebabnya banyak yang teruja menantikan bulan penuh barakah ini.

Ini pula antara 5 port moreh buat anda di Kuching:

1

Stall Annie


Ini antara port moreh terkenal di Kuching. Sebut sahaja perkataan ‘moreh’ pasti warga Kuching akan terus mengesyorkan gerai ini.

Antara menu signature mereka di sini ialah laksa Sarawak, cucur pusuk, roti wap dan popia pisang.

image is not available
Ini 5 Port Menarik Untuk Moreh Sekitar Kuching. Sumber: FB Stall Annie

Lokasi: 104, Jalan Tanjong Selatan, Kampung Patingan, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 11 malam

2

Teko

Buat anda yang mencari hidangan berat untuk moreh apa kata anda berkunjung ke Teko yang terletak di Kampung Bandarsah atau Kampung Nombor. Dengan konsep humble stall dalam kampung, lokasi ini sangat sesuai untuk anda menikmati hidangan sambil bersantai.

Menariknya sepanjang bulan puasa ini mereka turut menghidangkan suntong tutok buat pelanggan mereka.

image is not available

Lokasi: No. 274, Kampung Bandarsah No. 2, Jln Datuk Ajibah Abol 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 11 malam

3

Sekitar Kampung Nombor

Sekiranya anda peminat tegar suntong tutok, lokasi ini merupakan syurga buat anda. Suntong tutok atau sotong giling sememangnya sajian istimewa setiap kali bulan puasa di Kuching.

Jadi, sekiranya anda tercari-cari hidangan ringkas untuk moreh apa kata anda ke Kampung Nombor dan ‘memburu’ suntong tutok di sini.

Menariknya, sepanjang laluan tepi jalan di sini anda akan dihidangkan dengan pelbagai gerai yang menjual menu ini.

image is not available

4

Aiskrim Horlick

Dah penat berpuasa seharian mesti anda tercari-cari dessert yang menyegarkan tekak bukan?

Aiskrim horlick di Jalan Tupong ini antara pencuci mulut yang anda patut cuba! Antara menu yang direkomendasi oleh pemiliknya ialah aiskrim horlick yang dihidangkan bersama roti. Apa yang menariknya, mereka menggunakan ‘bun’ daripada Mita.

image is not available

Lokasi: Berhadapan Surau Falah, Kampung Tupong

Waktu operasi: 8:30 malam hingga 11:30 malam

5

Borneo Aiskrim

Port yang seterusnya pulak pasti ramai yang ternanti-nanti setiap kali bulan ramadan. Mana tak nya, aiskrim kegemaran ramai Borneo Aiskrim hanya dibuka pulan puasa sahaja.

Tahun lepas difahamkan mereka tidak beroperasi tetapi tahun ini mereka kembali lagi menyajikan menu signature mereka iaitu aiskrim horlick buat warga Kuching dan sekitar.

image is not available

Lokasi: 14, Jalan Gamelan, Taman Hussein

Waktu operasi: 15 hingga 29 mac 2024, 9 malam hingga habis

Baca lagi artikel menarik: