Ini 5 Promosi Hebat Kedai Makan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka Tahun Ini

26 Aug 2022 • 8:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Promosi hebat sempena Hari Merdeka.

Ini 5 Promosi Hebat Kedai Makan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka Tahun Ini. Tidak lama lagi, negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-65, oleh itu pelbagai promosi menarik yang ditawarkan buat rakyat.

Kali ini kami ingin berkongsi senarai tempat makan atau tempat minum yang menawarkan promosi hari merdeka buat anda.

Jadi, stay tuned!


1. Secret Recipe

image is not available
Ini 5 Promosi Hebat Kedai Makan Dan Minuman Sempena Hari Merdeka Tahun Ini

Dengan pembelian kedua kek, anda boleh memperoleh harga kek serendah RM6.50 dan promosi ini tertakluk hanya pada 31 Ogos 2022 sahaja. Selain itu, jika anda membeli one whole cake di sini pada tarikh 1 Ogos hingga 31 Ogos 2022, anda juga akan mendapat potongan harga 10%.


2. Sushi King

image is not available

Kalau anda penggemar sushi pula, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan potongan harga bill makanan anda di sini sebanyak RM 6.50 dengan syarat perbelanjaan minimum anda adalah RM 50. Promosi bermula 15 Ogos hingga 16 September 2022.


3. KFC

image is not available

Di KFC pula anda berpeluang mendapat menu makanan dengan harga amat murah iaitu hanya RM 6.50 sahaja. Pilih sahaja set RM 6.50 yang anda suka dan dompet anda pasti takkan bocor. Promosi tertakluk kepada terma dan syarat.


4. Tealive

image is not available

Port minum pilihan nombor satu rakyat Malaysia, Tealive juga tidak ketinggalan dengan promosi merdeka ini. Anda boleh menikmati Signature Coffee tealive dengan potongan harga 31 peratus bermula pada 17 Ogos hingga 31 Ogos tahun ini.


5. McDonald’s

image is not available

Mc Donald atau restoran makanan segera paling digemari di Malaysia juga turut membuat promosi sempena merdeka tidak lama lagi. Anda berpeluang mendapat 6 pieces nugget percuma jika anda membeli apa-apa makanan disini dengan minimum perbelanjaan RM 30 menggunakan kad visa. Potongan harga pada menu lain juga ada.

Baca lagi port makan menarik di Kuching di sini:

https://www.iloveborneo.my/ada-sup-gearbox-warung-kak-bedah-di-matang-jaya-ini-jadi-pilihan-penduduk-tempatan-2/

https://www.iloveborneo.my/ini-nasi-lemak-berlauk-padu-yang-mesti-anda-cuba-di-coffee-talk-kopitiam-tabuan/