Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak

18 Sep 2024 • 4:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Boleh beli jiwa anak-anak pula

Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak. Lawatan ke mini zoo boleh menjadi pengalaman yang mendidik dan menyeronokkan untuk semua ahli keluarga. Kanak-kanak berpeluang untuk melihat haiwan secara dekat, mempelajari tentang tingkah laku dan habitat mereka, serta memahami kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Bagi orang dewasa pula, ia merupakan peluang untuk berehat sambil menikmati keindahan alam dan mungkin mengenali spesies haiwan yang jarang dilihat.

image is not available
Ini 6 Mini Zoo Sekitar Kuching Dan Serian Yang Boleh Anda Kunjungi Bersama Kanak-Kanak

Berikut adalah beberapa mini zoo terbaik di Kuching dan Serian yang patut anda pertimbangkan untuk lawatan terutamanya sewaktu cuti sekolah. Setiap satu menawarkan pengalaman yang unik dan mempunyai tarikan tersendiri. Juh kita nangga sine jak tempat mini zoo tok!

1. Jong’s Crocodiles Farm

    Jong’s Crocodiles Farm merupakan salah satu tarikan utama di Kuching yang terkenal dengan koleksi buayanya yang menakjubkan. Selain buaya, pengunjung juga boleh melihat pelbagai haiwan lain seperti monyet, burung, ular, dan kura-kura, selain boleh menikmati aktiviti alam seperti jungle walk dan memberi makan ikan patin dan arapaima.

    image is not available

    2. Borneo Happy Farm

    image is not available
    Kredit foto: FB Borneo Happy Farm

    Borneo Happy Farm menawarkan pengalaman unik di mana pengunjung boleh berinteraksi dengan pelbagai haiwan ternakan dan eksotik. Ia juga mempunyai taman permainan dan aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

    image is not available

    3. VH Green Nature Park

    image is not available
    Kredit foto: VH Green Nature

    VH Green Nature Park terletak di Lebuhraya Pehin Sri Haji Adenan Bin Haji Satem (dahulunya dikenali sebagai Jalan FAC), dari arah Kampung Telaga Air menuju ke Kuching. Ia merupakan destinasi yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi. Pengunjung boleh menikmati pemandangan indah, berinteraksi dengan haiwan, dan menyertai pelbagai aktiviti luar. Contohnya seperti aktiviti memberus cengkerang kura-kura, melihat ayam dan memberi makan lembu.

    image is not available

    4. KLB Garden

    image is not available

    Terletak di Jalan Tebedu-Serian, KLB Garden merupakan sebuah zoo mini, ladang agro dan juga kaya dengan flora dan fauna. KLB Garden menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dengan pelbagai spesies burung dan haiwan kecil. Taman ini juga mempunyai kawasan rekreasi yang sesuai untuk keluarga. Ada pelbagai juga aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Antaranya adalah Menaiki paddle bot di tasik, melawat ladang arnab, rusa, kambing, dan burung-burung, aktiviti animal feeding, berbasikal dan banyak lagi.

    Tonton juga video yang pernah kami terbitkan ini untuk mengetahui pengalaman penuh ke KLB Garden:

    image is not available

    5. Sumiran Eco Park & Resort

    Sumiran Eco Park & Resort menawarkan pengalaman eko-pelancongan yang unik. Pengunjung boleh melihat haiwan tempatan dalam habitat semula jadi mereka dan menyertai aktiviti pendidikan alam sekitar. Selain itu, ibu bapa bersama anak-anak juga boleh glamping atau berkelah di sini. Adalah juga kenangan indah dan memori yang pastinya takkan dilupakan oleh anak-anak sampai bila-bila.

    image is not available

    6. Pusat Hidupan Liar Semenggoh

    image is not available

    Rizab ini terletak di jalan Puncak Borneo, Padawan dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari pusat Bandaraya Kuching. Di sini, anda boleh bertemu dengan majoriti besar keluarga orang utan. Ada yang masih kecil, ada yang sedang dalam usia remaja dan dewasa. Bahkan, jika anda bernasib baik, anda boleh bertemu dan melihat orang utan yang tertua di sini iaitu Seduku.

      Kesemua mini zoo ini menawarkan pengalaman yang unik dan mendidik untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Sila pastikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh setiap mini zoo demi keselamatan anda dan kebajikan haiwan-haiwan tersebut. Selamat melancong dan nikmati percutian anda di mini zoo sekitar Kuching dan Serian!

      Kalau nak pergi jauh sikit, ini adalah senarai homestay dengan rating 4 bintang di Kabong