Ini 6 Senarai Bantuan Kewangan Kemasukan Ke IPT Untuk Anak Sabah & Sarawak

8 Aug 2022 • 1:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah anak muda!

Ini 6 Senarai Bantuan Kewangan Kemasukan Ke IPT Untuk Anak Sabah & Sarawak. Dah dapat keputusan UPU ke tu? Bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Tentunya banyak persediaan yang bakal anda hadapi sebelum mendaftar masuk ke IPT. Dalam masa yang genting ini, pasti anda memerlukan sumber bantuan dan dana tambahan untuk kemasukan kali pertama ke universiti.

image is not available
Ini 6 Senarai Bantuan Kewangan Kemasukan Ke IPT Untuk Anak Sabah & Sarawak. Sumber foto : Erabaru

Untuk pelajar di Sabah dan Sarawak, di sini kami kongsikan 5 sumber bantuan yang boleh anda manfaatkan sebagai persediaan untuk anda memasuki IPT.

1. Bantuan Kemasukan Ke IPT Baitulmal Sarawak

Bantuan kemasukan ke IPT di bawah kelolaan Baitulmal Sarawak ini ialah bantuan secara one-off di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan. Bantuan ini diberikan kepada pelajar Islam Sarawak yang mendapat tawaran pengajian sepenuh masa di IPT dalam dan luar negara bagi memudahkan urusan pendaftaran kali pertama.

Layari pautan Baitulmal Kamek dan daftar akaun anda untuk membuat permohonan secara atas talian. Klik ke tab ‘Bantuan’ > ‘Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK)’ > ‘Bantuan Masuk Ke IPT’.

image is not available

Tarikh buka : 3 bulan dari tarikh pendaftaran IPT

Tarikh tutup : 40 hari selepas tarikh pendaftaran IPT

Klik butang berikut untuk maklumat lanjut dan permohonan bantuan:

2. Bantuan Kemasukan ke IPT Yayasan Sarawak

Bantuan kemasukan ke pendidikan tertiari atau institusi teknikal oleh Yayasan Sarawak ini ditawarkan khas untuk pelajar Sarawak atau ibu atau bapa berdarah Sarawak.

image is not available

Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang mendapat tawaran ke matrikulasi, asasi, pra-diploma, diploma atau pun ijazah sarjana muda. Selain itu, pelajar yang mendapat tawaran ke IPT awam, swasta (Curtin Miri/Swinburne Kuching/UCTS Sibu), serta institut latihan teknikal dan kemahiran kerajaan juga layak untuk memohon.

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Layari Yayasan Sarawak untuk membuat permohonan atau klik butang berikut:

3. Bantuan Kewangan Khas IPT Anak-Anak Sabah

Bantuan kerajaan negeri Sabah ini pula menyasarkan pelajar yang berasal dari luar bandar yang ditawarkan pengajian ke peringkat sijil, diploma atau ijazah pertama secara sepenuh masa.

Syarat utamanya pula ialah pelajar mestilah merupakan warganegara Malaysia asal Sabah atau salah seorang ibu atau bapa adalah anak kelahiran Sabah.

image is not available

Anda dikehendaki untuk memuat turun dan mengisi borang dan senarai semak yang disediakan melalui butang berikut:

4. Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini menyediakan pemberian bantuan secara “one off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

image is not available

Permohonan pelajar yang diluluskan akan menerima RM 1,000 bagi pengajian peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama manakala RM 500 untuk pengajian peringkat SBP, MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil).

Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam (6) bulan setelah memulakan pengajian.

Untuk syarat kelayakan lebih lanjut dan permohonan bantuan, anda boleh klik butang berikut:

5. Bantuan Kewangan Ke IPT Dari ADUN dan MP

Permohonan dana kewangan dari ADUN dan MP ini adalah permohonan kendiri dengan menghantar surat kepada ADUN yang mewakili kawasan pelajar. Sediakan surat permohonan rasmi yang menyatakan bahawa anda mendapat tawaran pengajian ke institut pengajian anda serta tujuannya untuk memohon dana untuk pendaftaran kali pertama.

Sertakan sekali bersama salinan surat tawaran rasmi dan hantar ke pejabat ADUN dan MP kawasan anda untuk tindakan selanjutnya.

6. Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS)

i-GPS ini merupakan salah satu jenis bantuan yang diberikan kepada anak Sarawak bagi mengurangkan beban tambang penerbangan yang ditanggung oleh pelajar yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

image is not available

Seorang pelajar layak untuk menuntut inisiatif ini sebanyak 2 kali setahun dan layak menuntut sehingga RM 300 untuk satu penerbangan.

Permohonan boleh dibuat 60 hari selepas tarikh penerbangan.

Untuk permohonan, anda boleh layari laman Facebook Sarawak Volunteers atau baca artikel ini untuk panduan ringkas :

Jangan lupa untuk memohon sumber bantuan dan dana ini untuk memudahkan persediaan anda ke IPT.

Selamat maju jaya!

Akses internet yang baik masih lagi menjadi sebuah cabaran untuk pendidikan di Sabah dan Sarawak. Contohnya seperti ini: