Ini 8 Makanan Naikkan Selera Ketika Jatuh Sakit

Health & Fitness
20 Feb 2023 • 1:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
menu mudah ketika sakit

Ketika jatuh sakit pasti sukar untuk diri sendiri menjamah makanan kerana tidak mempunyai selera, bukan?

Kali ini, Oh! Media akan kongsi menu mudah buat orang sakit di luar sana bagi mendapatkan tenaga dengan lebih baik.

Sup Ayam

image is not available

Untuk pengetahuan umum, sup ayam tinggi dengan vitamin, mineral, kalori dan protein yang penting. Ia juga kaya dengan cecair yang boleh membantu tubuh badan jika berisiko dengan dehidrasi akibat cirit-birit, muntah-muntah dan peluh.

Ikan Salmon

image is not available

Salmon merupakan sumber protein terbaik yang lembut, sedap dan penting untuk tubuh badan yang sedang pulih. Ia tinggi dengan asid lemak omega-3 yang mempunyai kesan kuat anti radang.

Madu

image is not available

Madu bersifat antibakterial dan sering dijadikan bahan utama yang digunakan dalam antiseptik untuk merawat. Tambahan, ia juga mampu merangsang sistem imun tubuh badan dan merupakan ramuan terbaik ketika batuk.

Teh

image is not available

Minuman ini mampu mengurangkan hingus di selain melegakan tekak jika diambil pada suhu suam. Ia mengandungi poliphenol yang tinggi dan boleh membawa pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti kesan antioksidan, anti radang serta anti kanser.

Oat

image is not available

Oatmeal sangat kaya dengan kalori, vitamin dan mineral dan mudah disediakan serta dimakan oleh orang sakit. Ia ini tinggi dengan serat dan mampu mengurangkan keradangan pada perut serta meningkatkan fungsi dan sistem pencernaan.

Yogurt

image is not available

Untuk pengetahuan, yogurt kaya dengan probiotik yang mampu membantu mencegah individu daripada kerap jatuh sakit yang ringan seperti selesema. Dalam pada masa yang sama, ia juga membantu menyembuhkan tubuh dengan lebih cepat.

Air Kelapa

image is not available

Sejak turun temurun kita dinasihatkan untuk ambil air kelapa ketika sakit. Siapa sangka, minuman ini mempunyai elektrolit yang sangat diperlukan jika kekurangan cecair dalam badan akibat cirit-birit, muntah-muntah atau berpeluh akibat demam.

Buah dan Sayur

image is not available

Sudah tentu sayur-sayuran dan buah-buahan penting dalam pemakanan untuk mendapatkan nutrien. Buah seperti pisang tinggi dengan serat, vitamin dan mineral serta bagus sebagai pilihan makanan untuk orang sakit. Bawang putih pula terkenal kerana mampu melegakan keloyaan.

Ha, jadi dah tahu bukan makanan apa yang boleh diambil ketika sakit? Selamat mencuba.

Kredit: Hello Doktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media