“Ini Accident Paling Slay”, Gelagat Individu Dari Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi

Local
11 Aug 2023 • 3:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Dia tutup mulut tu teringat abe aziz jatuh bot” – netizen

“Ini Accident Paling Slay”, Gelagat Individu Dari Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi. Korang masih ingat dengan video ‘Abang Aziz jatuh bot’, tak? Walaupun video tu dah lama, tetapi masih kelakar sampai sekarang.

Baru-baru ini, sebuah video dari TikTok telah menjadi bualan netizen. Video tersebut menunjukkan seorang individu dari Sabah yang mengalami kemalangan ringan motosikal.

image is not available
“Ini Accident Paling Slay”, Gelagat Individu Dari Sabah Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi

Motorsikal dinaiki Daus tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kawasan semak

Video tersebut telah tular di laman Tiktok dan laman Twitter. Dikenali sebagai Daus Batjo, seorang individu dari Sabah, ingin menunjukkan keindahan kampung halamannya di Kinabatangan.

Semasa bersiar-siar, Daus tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kawasan semak. Kejadian ini tentunya mengejutkan bagi mereka yang menonton video tersebut.

image is not available

Daus tetap chill dan tenang membuatkan netizen terhibur.

Apabila disoal oleh penduduk yang berada di kawasan tersebut, dia memberitahu bahawa brek motorsikal milik ayahnya tidak berfungsi.

Walaupun mengalami kemalangan, sikap Daus tetap chill dan tenang membuatkan netizen terhibur.

Dengan penuh keyakinan, Daus sempat mengambil selfie sambil berkata, “I accident, anjay…” Ini tentunya membuat netizen tertawa.

image is not available

Walaupun dalam keadaan seperti itu, Daus masih sempat berkata “Masih cantik juga rupa aku..”

Video Daus ini mengingatkan netizen kepada video ‘Abang Aziz jatuh bot’ yang pernah tular sebelum ini. Kedua-dua video menunjukkan individu yang mengalami kemalangan tetapi masih mempunyai sikap yang positif dan kelakar.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

View Original Article