“Ini Adalah Scam” – Neelofa Nasihat Orang Ramai Hati-Hati, Jangan Terpedaya Dengan Artikel Palsu Tentangnya

17 Jan 2024 • 12:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa tampil mengingatkan orang ramai dan pengikutnya untuk lebih berhati-hati dan tidak tertipu dengan pautan (link) yang sedang sebar di media sosial.

Menerusi hantaran yang di Instagramnya, Neelofa menyatakan artikel palsu itu mendakwa dia disaman oleh Bank Malaysia kerana membuat kenyataan tidak sepatutnya dalam program TV.

image is not available

Tolong kalau ada sesiapa yang baca (berita) ini kononnya berita dari The Star, ini semuanya adalah scam dan tolong jangan tekan link dalam artikel itu.

Sudahlah interview itu totally diaorg buat naratif sendiri. Dia nak cuba tipu orang Malaysia mungkin…. dengan interview yang sangat fake.

Dan link itu adalah link scam untuk curi duit orang. Jangan terpedaya dengan content artikel ini yang semuanya palsu. Ramai orang dah terpedaya dengan scammer ini, hati-hati.

Ini adalahnya salah satu cara cammer nak cari jalan untuk yakinkan orang di luar sana yang kononnya saya buat duit melalui link ini.

Menjengah di ruangan komen, ada juga sesetengah netizen mengakui pernah membaca artikel palsu itu dan mempertikai kesahihannya.

Dah baca semua dan saya rasa macam… ‘Neelofa cakap macam ni?’ Taklah? terus rasa scam at all level.

Terdahulu, selebriti Neelofa berkata dirinya ingin menamatkan ‘perang dingin’ yang terjadi antara dirinya bersama Fazura.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7324570271803854098?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778