
Dapat membantu mengatasi keadaan darurat sebelum mendapatkan rawatan perubatan.
Ini Adalah Senarai Ubat-Ubatan Yang Anda Wajib Simpan Di Rumah Untuk ‘First Aid Kit’. Mungkin anda pernah merasa ‘perit’ menunggu giliran di hospital kerajaan. Ya, jika anda pergi ke pusat kesihatan swasta, anda perlu bersedia dengan duit beratus-ratus.
Menurut perkongsian dari Dr. Asmi Syabil, Pegawai Perubatan Kecemasan, antara sebab kesesakan di jabatan tersebut adalah kerana perkara-perkara yang bukan kecemasan.

Mengapa Perlu Ada Ubat di Rumah?
Berikut adalah beberapa jenis ubat yang boleh anda simpan di rumah sebagai ‘First Aid kit’ atau dibawa ketika pergi bercuti. Ubat-ubat ini boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang telah disenaraikan.
- Paracetamol 500mg
- Ubat ini mungkin sudah tidak asing lagi. Anda boleh mengambilnya jika mengalami demam atau sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya. Dos yang disyorkan adalah 2 biji (sekali makan), tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari.
- Loratadine 10mg
- Ubat dalam kategori antihistamin ini digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya orang selalu cakap ‘resdung’. Dos yang disyorkan adalah 1 biji sekali sehari.

- Chlorpeniramine 4mg (Piriton)
- Jika anda sering jumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan, anda mesti kenal dengan ubat ini. Sama seperti Loratadine, ubat ini dalam kumpulan antihistamin yang digunakan untuk mengurangkan gejala alahan atau gatal-gatal.
- Ubat ini boleh menyebabkan rasa ngantuk, jadi elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi yang sedang bekerja. Dos yang disyorkan adalah 1 biji, tiga kali sehari.
- Diclofenac sodium 50mg (Voltaren)
- Ubat tahan sakit atau radang ini tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.
- Sesiapa yang ada gout mesti kenal, ini antara ubat yang wajib makan kalau terkena serangan gout. Elakkan pengambilan ketika perut kosong atau bagi anda yang ada gastritis. Dos yang disyorkan adalah 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
- Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)
- Ubat ini digunakan untuk gejala loya dan muntah, juga digunakan untuk migrain. Ibu-ibu yang mengandung dan mengalami rasa loya dan muntah-muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan. Dos yang disyorkan adalah 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

- Buscopan 10mg
- Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang. Dos yang disyorkan adalah 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
- Ranitidine 150mg (Zantac)
- Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid dalam perut. Dos yang disyorkan adalah 1 biji, dua kali sehari.

- Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)
- Ubat ini diambil untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan. Dos yang disyorkan adalah 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
- Activated charcoal 250mg
- Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit. Dos yang disyorkan adalah 1 biji, tiga kali sehari.
- Oral Rehydration Salt (ORS)
- ORS ini sering dipreskripsi oleh doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas. Dos yang disyorkan adalah 1 paket apabila perlu.

- Mist Magnesium Trisilicate (MMT)
- Sama fungsinya seperti Gaviscon. Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman. Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak makan apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil. Dos yang disyorkan adalah 15ml, tiga kali sehari.
- Termometer
- Elok kalau anda beli dan simpan satu di rumah untuk check suhu badan sendiri. Julat suhu normal ada pelbagai mazhab. Tapi kebiasaan yang digunakan adalah suhu 38 celcius dan ke atas maknanya anda memang demam.
Dengan pengetahuan tentang ubat-ubat ini, anda boleh lebih bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan ringan di rumah.
Ingatlah, ubat-ubat ini hanya untuk keadaan kecemasan ringan dan bukan ganti kepada rawatan perubatan profesional jika simptom berterusan atau bertambah teruk.



