Ini Alasan Putera Mahkota Arab Saudi Dilapor Larang Jemaah Berbuka Puasa Di Masjid

12 Mar 2024 • 9:10 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman telah larang jemaah berbuka puasa di dalam masjid menjelang Ramadan ini bermula pada 11 Mac hingga 9 April tahun ini.

Menerusi satu perkongsian di X Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Mohammed telah mengeluarkan beberapa siri arahan kepada pekerja di masjid.

Pada arahan tersebut, Putera Mahkota Arab Saudi mengarahkan imam dan muazzin untuk sentiasa hadir ke masjid untuk kerja mereka.

“Kementerian juga menegaskan agar tiada penggunaan kamera di masjid untuk merakam imam dan jemaah kerana ia dapat mengganggu ketakwaan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Putera Mahkota Arab Saudi juga mengarahkan agar imam dan muazin tidak melakukan punggutan derma bagi majlis iftar di masjid.

Putera Mahkota Arab Saudi larang jemaah berbuka di masjid

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Majlis berbuka puasa di dalam masjid tidak boleh dilakukan demi menjaga kebersihan tempat ibadah.

“Tempat yang sesuai bagi majlis berbuka puasa harus disediakan di halaman masjid tanpa menggunakan bilik sementara, khemah atau sebagainya.

“Majlis berbuka puasa hendaklah dilakukan di bawah tanggungjawab imam dan muadzin dan orang yang menyediakan hidangan iftar hendaklah membersihkan kawasan itu sebaik sahaja selesai,” ujarnya.

image is not available

Sementara itu, Putera Mahkota Arab Saudi juga mengarahkan imam dan muadzin untuk melarang pengemis daripada mengemis di dalam masjid atau kawasan sekelilingnya.

“Larangan ini dilaksanakan untuk mendidik jemaah tentang bahaya mengemis kepada sosial, ekonomi dan keselematan, untuk menjelaskan larangan undang-undangnya disamping mendesak orang ramai bersedekah ke arah kebaikan melalui platform yang diyakini,” jelasnya.

Sumber: X Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi