
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pejam celik tidak sampai sebulan sahaja lagi semua umat Islam akan meraikan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Malah pada bulan mulia inilah ramai yang ingin mengambil kesempatan ini untuk memuhasabah diri, mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan sebagainya.
Selain itu, setiap kali tibanya bulan puasa pasti ada yang akan mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga atau menuju ke destianasi lain. Ada yang memilih untuk memulakan perjalanan mereka dengan kenderaan sendiri namun ramai juga yang memilih menaiki pengangkutan awam seperti bas memandangkan ia mudah serta mesra pengguna.
Namun apabila di bulan Ramadan, tak dinafikan selain perjalanan ramai juga yang akan memikirkan tentang lokasi untuk berbuka puasa.
Untuk memudahkan korang, ini antara lokasi yang terletak berdekatan terminal bas utama untuk kemudahan korang berbuka dengan tenang tanpa perlu risau ketinggalan bas.
#1 Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Sebagai salah satu terminal bas terbesar di Malaysia, TBS (Terminal Bersepadu Selatan) menawarkan pelbagai pilihan tempat makan untuk para pengembara yang ingin berbuka puasa sebelum meneruskan perjalanan. Selain medan selera yang tersedia, anda juga boleh mendapati pelbagai restoran dan kafe di TBS—daripada Nasi Kukus yang mengenyangkan hingga rangkaian restoran makanan segera popular yang menawarkan ayam panggang rotisserie atau yoo tiao, serta kedai boba untuk menyegarkan tekak selepas seharian berpuasa.
Sama ada anda inginkan hidangan ringan atau juadah yang lebih santai, terdapat banyak lagi pilihan berhampiran untuk memenuhi selera anda:
- K3 Coffee Lab – Kafe yang selesa untuk menikmati secawan kopi yang menyegarkan Simple
- D Café – Hidangan pastri segar dan pasta yang mengenyangkan
- Sup Meletup Asli – Nikmati hidangan Melayu yang kaya dengan rasa
#2 Penang Sentral

Apabila berada di Pulau Pinang, memang tak sah jika tidak menikmati Nasi Kandar yang sekian lama menjadi hidangan ‘signature’ negeri ini.
Oleh itu, mereka yang berada di Penang Sentral, boleh berkunjung ke Restoran Iqbal yang menyajikan makanan tempatan yang bersesuaian untuk berbuka puasa. Namun jika anda ingin sesuatu yang berbeza seperti menikmati ayam goreng rangup dengan sentuhan Korea, anda juga boleh berkunjung ke restoran Korea.
Selain itu, di sini juga para pengunjung boleh menikmati hidangan India asli seperti Urban Panipuri, dan pastinya semua ini terletak di dalam terminal untuk memudahkan pengunjung.
Untuk yang ingin meneroka makana di luar terminal, mereka juga mempunyai beberapa tempat menarik seperti:
- Lokalhauz- yang menghidangkan masakan panggang, pasta, burger, dan kopi dalam restoran yang selesa.
- Nasi Tomato Sungai Nyior- Nasi tomato dengan aroma lazat serta lauk-pauk yang menyelerakan.
- Longrain Penang – Rasa nak makan makanan barat? Longrain boleh memuaskan keinginan anda malah restorannya juga mempunyai suasana selesa dan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berbuka puasa.
#3 Johor Bahru Sentral

Terminal bas ini terletak di JB City Square dan ia merupakan persinggahan ideal untuk para penumpang mencari pilihan makanan yang lebih banyak sebelum meneruskan perjalanan yang jauh.
Pusat beli-belah ini turut memiliki pelbagai restoran yang terdiri daripada makanan tempatan, antarabangsa, makanan ringan dan bermacam-macam lagi.
Antara pilihan yang ada di sini adalah:
- Restoran Goldy Punjabi – hidangan India Utara Asli yang lazat.
- Aglios – menyediakan makanan Itali, buat korang yang suka makanan Itali seperti piza, pasta ini pastinya restoran menarik untuk berbuka puasa.
- Makan Kitchen – Restoran ini menyediakan bufet pelbagai pilihan makanan termasuk tempatan serta antarabangsa.
#4 Melaka Sentral

Sebut mengenai Melaka pasti ramai yang terbayangkan makanan Baba dan Nyonya seperti asam pedas dan banyak lagi.
Buat mereka yang berada di Melaka Sentral, usah bimbang mengenai juadah berbuka kerana di sini mereka mempunyai pelbagai restoran yang boleh menjadi pilihan.
Selain restoran makanan segera yang menyediakan sajian seperti burger dan sandwic, pengunjung juga boleh ke Restoran Sri Mawar Ria yang terkenal denga masakan Melayu yang cukup enak.
Bukan hanya itu, di kawasan berdekatan Melaka Sentral juga terdapat restoran seperti:
- Bait Hadramawt – masakan Arab asli.
- Jebat Gourmet Burger – anda boleh menikmati burger yang sedap dan ‘juicy’.
- Wild Coriander Melaka – hidangan istimewa Nyonya yang akan membuka selera anda selepas seharian berpuasa.
Walau bagaimanapun restoran disenaraikan ini memerlukan pengunjung untuk melakukan pemanduan singkat untuk ke lokasi berbuka puasa.
Haa rupanya ada banyak restoran serta pilihan makanan yang boleh pengunjung pilih apabila ingin berbuka puasa di bulan Ramadan nanti.
Lepas ni tak perlu lagi fikir dekat mana nak berbuka puasa, namun untuk membuat sebarang tempahan tiket pula cara yang paling mudah adalah layari laman sesawang redBus.
Untuk lebih mudah anda juga boleh muat turun aplikasi RedBus untuk memudahkan anda membuat tempahan serta menikmati perjalanan yang lancar.
Apa yang lebih menarik, redBus juga akan menawarkan diskaun menjelang musim Raya, jadi jangan lupa untuk membuat semakan di laman web dan aplikasi untuk maklumat lanjut.
Dengan rangkaian laluan yang luas di seluruh Malaysia, redBus memastikan perjalanan anda lebih mudah dan bebas tekanan.



![Non-Muslim Pertama Kali Nak Cuba Berpuasa? Ini Tips Dikongsi Soo Wincci & Ceddy [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
