Ini Bahaya Buang Ubat-Ubatan Sesuka Hati Dalam Tong Sampah Atau Sinki

LocalEnvironment
26 Nov 2024 • 3:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ini Bahaya Buang Ubat-Ubatan Sesuka Hati Dalam Tong Sampah Atau Sinki

Bila ada barang yang dah tamat tempoh, automatik ia akan dilabel sebagai “sampah”.

Kalau dah namanya sampah, mestilah kita akan buang. Rasa macam tak ada gunanya lagi, kan?

Tapi korang tahu tak kalau tak semua barang boleh dibuang sesuka hati, terutama sekali ubat-ubatan?

Bila dah tamat tempoh, kebanyakan kita pasti akan membuangnya dalam tong sampah atau sinki, sama seperti sampah yang lain.

Malangnya kita tak sedar, cara kita membuang ubat-ubatan ni sebenarnya beri kesan besar pada alam sekitar dan kesihatan kita sendiri.

image is not available
Kredit: BERNAMA

Bila ubat dibuang ke dalam sinki atau tong sampah, sisa kimianya boleh larut dalam air. Air yang tercemar ni akhirnya mengalir ke sungai, tasik, kolam dan laut, iaitu tempat sumber air minuman dan makanan kita.

Sisa ubat yang kekal dalam rantaian makanan boleh menyebabkan pelbagai risiko kesihatan kepada manusia.

Bayangkan kita makan ikan yang tercemar, dan air yang kita minum juga mengandungi bahan kimia farmaseutikal.

Selain tu, mungkin ramai tak tahu bahawa loji kumbahan juga tidak berupaya rawat sisa kimia dalam air kumbahan.

image is not available
Kredit: BERNAMA

Jadi, apa yang korang patut buat dengan ubat-ubatan yang tak lagi diperlukan?

Jangan risau, sebenarnya ada cara yang lebih selamat dan mesra alam untuk lupuskan ubat-ubatan ni.

image is not available
Kredit: BERNAMA

Kalau nak tahu, korang tak perlu bayar sesen pun untuk lupuskan ubat-ubatan melalui MyMediSAFE ni kerana ia adalah percuma.

Tambah pula, melaluinya kita boleh jaga kebersihan air dan pastinya kesihatan kita pun lebih terjamin.

image is not available
Kredit: BERNAMA

image is not available
Kredit: BERNAMA

image is not available
Kredit: BERNAMA

Kita semua ada tanggungjawab untuk jaga alam sekitar. Kalau bukan kita yang ambil langkah, siapa lagi?

Jagalah kebersihan air kita, sayangilah alam sekitar dan pastikan generasi akan datang hidup dengan lebih sihat.

Semoga info ni bermanfaat.

Sumber: BERNAMA