“Ini baru anak jantan” -UMNO Sabah puji Rafizi, sindir ADUN terpalit skandal rasuah

LocalPolitics
29 May 2025 • 4:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
UMNO Sabah

Tindakan Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi nyata mendapat pujian daripada UMNO Sabah, yang secara terbuka menyindir wakil rakyat negeri itu yang dikaitkan dengan skandal rasuah tetapi enggan berundur.

UMNO Sabah sanjung Rafizi

Menerusi hantaran yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi Strategik Umno Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman beliau telah memuji Rafizi dengan menggelar tindakan meletak jawatan sebagai ‘anak jantan’ serta memuat naik gambar bekas Timbalan Presiden PKR itu sebagai simbol integriti dan keberanian.

“Ini baru betul anak jantan,” tulisnya.

image is not available

UMNO Sabah kata situasi berlainan pula di negeri tersebut

Walau bagaimanapun, beliau meluahkan rasa kesal terhadap sikap lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menurutnya dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam isu lesen mineral.

Ujarnya, situasi tersebut dilihat agak berbeza jika dibandingkan dengan Rafizi apabila mereka masih lagi tidak berani meletak jawatan.

“Satu Malaysia sudah tahu lapan Adun kerajaan SMJ terlibat dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa. Mereka akan dipanggil semula dalam masa terdekat oleh pihak SPRM.

“Sehingga hari ini mereka tidak berani untuk meletak jawatan,” katanya lagi.

image is not available

Dalam pada itu, Datu Rosman turut mengingatkan kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini yang mempertahankan ADUN terlibat dan menyebut soal gaji wakil rakyat yang “tidak cukup”.

“Beginilah realiti sebenar ‘anak jantan’ buatan GRS SMJ,” sindirnya.

image is not available

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa laporan forensik berhubung video dakwaan rasuah telah diterima, namun belum boleh mengesahkan kesahihannya kerana masih dalam siasatan.

SPRM turut mengarahkan agar semua individu berkaitan dipanggil semula untuk siasatan lanjut.

Sumber: Facebook Datu Rosman