Ini Baru Betul Gempur Wira!

29 Apr 2024 • 9:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Adi Rizwan Abdullah menyempurnakan upacara pemakaian beret hijau kepada Chan Ming Youn - gambar TikTok

Semangat patriotisme seharusnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia, dan ia boleh dibuktikan menerusi pelbagai cara.

Bagi Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), dia memilih membuktikan semangat itu dengan menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

Hari ini, anak muda itu muncul sebagai penuntut tunggal berbangsa Cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu dan mengharungi pelbagai peringkat latihan.

Upacara bersejarah itu disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jeneral Adi Ridzwan Abdullah. - Getaran, 29 April 2024

@getaranmy Satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu. Kami bangga dengan Lt M Chan Ming Youn! #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved