“Ini Baru Layak Dipanggil Ibu, Tak Pernah Minta Duit, Cari Kesalahan Menantu…” – Prince Syed

LocalFamily & Parenting
24 Dec 2025 • 1:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mencuri perhatian warganet selepas berkongsi luahan penuh penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai contoh terbaik seorang wanita bergelar ibu dan mentua.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Prince meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian ibunya yang sentiasa membawa aura positif dalam keluarga, malah tidak pernah menjadi individu yang toksik atau mencetuskan konflik dalam rumah tangga anak-anak.

Advertisement

Ini baru betul namanya seorang ibu, layak digelar ibu terbaik, sentiasa menjadi aura positif bukan jadi orang tua yang negatif dan toksik.

Menurut Syed, ibunya juga tidak pernah mencari kesalahan menantu walaupun menyedari setiap individu mempunyai sikap dan kelemahan tersendiri. Sebaliknya, ibunya sentiasa berperanan sebagai pendamai apabila berdepan sebarang isu dalam keluarga.

image is not available

Tak pernah cari kesalahan menantu. Menantu perangai macam-macam pun tapi sentiasa jadi pendamai, bukan jadi api dan toksik yang sangat memusnahkan dan runtuhkan rumah tangga anak-beranak.

Lebih menyentuh hati, Syed turut berkongsi bahawa ibunya tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripada anak-anak, termasuk dari segi kewangan, meskipun telah banyak berkorban sepanjang hidup.

“Pastu tak pernah minta sesen pun duit walaupun daripada anaknya sendiri,” tambahnya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji sikap ibu Syed sebagai contoh mentua idaman serta figura ibu yang wajar dijadikan teladan dalam membina keluarga harmoni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-24 09:53:25

"Tolong Jangan Rasa 'Entitled' Sangat" - Cubaan 'Mengejut' Pempengaruh Nak Jumpa Khairul Aming Di Rembayung Undang Kritikan Netizen

The post “Ini Baru Layak Dipanggil Ibu, Tak Pernah Minta Duit, Cari Kesalahan Menantu…” – Prince Syed first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.