"Ini Baru Suami Dari Neraka! Bola Snuker Pun Pernah Dapat" - Lesti Kejora Dah Banyak Kali Jadi Mangsa

7 Oct 2022 • 6:05 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Penyanyi dangdut, Lesti Kejora dipercayai pernah didera oleh suaminya, Rizky Billar beberapa kali termasuk dibaling dengan bola snuker.

image is not available

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Endra Zulpan berkata, pihaknya belum dapat menjelaskan secara terperinci tarikh peristiwa tersebut dan mangsa tidak mengalami kecederaan akibat balingan bola itu.

“Cuba bayangkan kalau bola yang dibaling itu dan mengenai kepala Lesti? Boleh pecah dibuatnya.

“Jadi kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan 28 September lalu bukan kali pertama dialami mangsa, kerana kemuncaknya kelmarin sehingga dia tidak tahan dan membuat laporan polis,” katanya lapor Kompas.com.

image is not available

Lesti kini masih menerima rawatan di Hospital Bunda Menteng. Penyanyi itu dilihat terbaring di katil dengan memakai pendakap leher menerusi foto tular dalam media sosial.

Endra mengesahkan gambar tersebut dan menjelaskan Lesti mengalami luka pada bahagian leher. Katanya, kecederaan itu terjadi akibat menerima kekerasan atau dipukul oleh suaminya.