Ini Barulah Sarawak, Perarakan Krismas Di Miri Henti Seketika Azan Berkumandang Buat Netizen Bangga

5 Dec 2022 • 12:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wahh bangga betul dengan sikap perpaduan di Sarawak ni

Ini Barulah Sarawak, Perarakan Krismas Di Miri Henti Seketika Azan Berkumandang Buat Netizen Bangga. Negeri Sarawak menjadi contoh terbaik dalam perpaduan antara kaum. Mana tak nya, negeri ini juga sinonim dengan perpaduannya kerana memiliki pelbagai perbezaan tanpa mengira agama, kaum, bangsa dan sebagainya.

Jadi tidak hairanlah di Sarawak ini juga, apa-apa perayaan sahaja mereka pasti akan sambut bersama untuk menandakan mereka hormat akan agama dan juga perayaan yang berbeza.

image is not available
Ini Barulah Sarawak, Perarakan Krismas Di Miri Henti Seketika Azan Berkumandang Buat Netizen Bangga. Kredit gambar: FB Teresa Xavier

‘Sungguh harmoni budaya mcm ni.. semoga Tuhan memberkati’ -netizen

Baru-baru ini juga telah tular di laman Tiktok di mana sebuah rakaman video ini menunjukkan golongan yang beragama Kristian ini membuat Christmas Parade di Miri ini berhenti seketika semasa azan berkumandang bagi menghormati agama Islam.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna Mervin David apabila memaparkan suasana di Miri, difahamkan di Miri City Fan yang agak tenang apabila sambutan perarakan krismas di dataran tersebut terpaksa dihentikan seketika untuk menghormati laungan azan.

image is not available
Kredit gambar: FB Dominica Lucia Tingang

Dimuat naik beserta kapsyen;

Christmas Parade di Miri dihentikan. Bagi menghormati azan yang sedang berkumandang. This is Sarawak”

kapsyen dalam video

Perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 190K kali tontonan dan 18.5K tanda suka di laman Tiktok. Tidak hanya itu, perkongsiannya juga telah tular di laman Facebook dan raih sebanyak 64K tontonan dan 3K tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Perarakan Krismas di Miri berhenti seketika semasa azan berkumandang buat netizen bangga

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen yang positif dan merasa bangga terhadap sikap rakyat di Sarawak. Melalui perbezaan kaum, bangsa dan agama di negeri ini mereka masih mampu memiliki perpaduan, bersatu dan sebagainya.

image is not available
Sumber: Tiktok Mervin David

image is not available
Sumber: Tiktok Mervin David

Oleh itu, bersama-samalah kita mengekalkan adab yang baik sesama kita tidak mengira bangsa, agama atau usia. Hormat-menghormati satu sama lain adalah amalan mulia!

View Original Article