“Ini beg ke-99..”- Azhan Rani tiada niat bermegah, penderma aferesis selagi mampu

LocalEntertainment
14 Dec 2024 • 12:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Azhan Rani tiada niat bermegah apabila berkongsi perkembangan dirinya aktif menderma darah plasma kepada golongan yang memerlukan.

Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, berkata, dia bakal genap menderma darah plasma untuk kali ke-100 iaitu pada dua minggu lagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Azhan berkongsi kegembiraan apabila dapat kembali berbakti kepada masyarakat, terutama mereka yang memerlukan bekalan darah plasma.

“Yang tak tahu kenapa dia (darah) warna kuning, sebab itu darah platelet dan plasma yang dah diasingkan dari darah merah oleh mesin.
“Ada izin Allah, insyaAllah 2 minggu lagi panjang umur, sihat badan, bolehlah genapkan 100.
“Banyaknya derma darah? Tak banyak pun. Tadi baru sembang dengan staff Pusat Darah Negara, rekod sekarang penderma darah paling banyak dah 800 kali dan masih aktif menderma.
“Selagi sihat dan mampu nikmat kesihatan ni boleh je dikongsi pada yang memerlukan,”katanya.

image is not available

Azhan Rani tiada niat bermegah

Tegas Azhan, dia tiada niat untuk bermegah terutama jumlah derma darah plasma dibuatnya selama ini, sebaliknya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penting derma darah.

“Tak kisahlah penderma darah utuh atau penderma apheresis macam aku ni.
“InsyaAllah, sama-sama kita bantu yang memerlukan sambil bantu tingkatkan kesihatan diri sendiri.
“Tiada paksaan, hanya galakan. Yang sihat dan layak menderma, jom,”ajaknya.

image is not available

Pada November 2022, Azhan berkongsi dirinya kembali menderma darah plasma buat kali ke-50 selepas setahun terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Sumber: Instagram Azhan Rani

View Original Article