“Ini Bukan Bikinan Lu!” – Netizen Seberang Marah Penulis Malaysia Gara-Gara Perkataan ‘Gua’

LocalOpinion
26 Jan 2026 • 10:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir netizen.

Zamir menjelaskan bahawa lukisan itu menunjukkan kemampuan manusia purba untuk berimaginasi dan berfikir.

image is not available

Bagaimanapun, reaksi netizen dari Indonesia menarik perhatian ramai apabila mereka salah faham maksud istilah “Gua” yang digunakan beliau.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ‘seberang’ menyangka ia merujuk kepada kata ganti diri, sedangkan Zamir sebenarnya merujuk kepada struktur geologi.

Netizen Seberang Marah Penulis Malaysia

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tegasnya, beliau hanya bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis dan bukan terhadap salah faham orang lain.

“Saya tidak bertanggungjawab ke atas kefahaman kamu.
“Saya bertanggungjawab ke atas apa yg saya tulis. Kalau kamu tak faham dan kamu nak tahu, kamu terjemah sendiri,” kata Zamir.

Artikel lain: Netizen Seberang Harap Khairul Aming Disaman, Dakwa Reka Bentuk Rembayung Tiru Restoran Di Indonesia

Kesalahfahaman ini menyebabkan ruangan komen dihujani pelbagai reaksi negatif dan tuduhan kononnya beliau membuat dakwaan berlebihan (overclaim).

“Kelakar baca komen sebab orang Indonesia ingat lukisan ini aku yang buat.
“Pastu marah-marah dan troll ingat aku buat dakwaan berlebihan.
“Bukan salah aku korang tak faham dan salah faham. Boleh didik diri sendiri untuk belajar,”tambah beliau.

Perkongsian ini kini menjadi bualan hangat warganet, sekali lagi menekankan kepentingan memahami konteks dan perbezaan bahasa dalam komunikasi ilmiah.