Setelah lama berdiam diri, usahawan dan juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tampil bersuara mengenai isu kontroversi yang melanda keluarganya. Tidak mahu lagi isu ini terus menjadi bahan sensasi, Aliff dengan penuh rasa tanggungjawab merayu agar semua pihak menghentikan segala spekulasi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff meluahkan kasih yang tidak berbelah bahagi buat ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, dan seluruh keluarganya.
“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penulisan ini akan menyinggung ramainya pihak. Ramai yang menantikan komen saya, saya cuma nak sampaikan dan saya merayu kepada semua blogger dan wartawan untuk bantu saya menghentikan segala yang viral di media sosial ini. Cukup-cukup la apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini. Ini bukan sesuatu yang mengembirakan atau konten drama.
“Saya sayang keluarga saya, mak saya. Keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang. Mereka semua sayang mak. Walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu, satu rahim. Sebenarnya saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami,” katanya.
Aliff turut mengakui berada dalam dilema sebagai anak, abang, dan suami. Tanggungjawab yang digalas begitu berat bila konflik keluarga menjadi tatapan umum.
“Saya sebagai anak,abang,suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan bila melibatkan banyak orang.
“Kepada orang luar, jangan berlebihan, mohon hormat. Mak saya dah tua, dan punya anak remaja dan cucu. Malah adik-adik saya yang masih remaja dan mentah perlu melalui kehidupan di mana ibu bapa bercerai. Perlu ke saya cerita satu persatu? Mereka terpaksa menerima orang baru. Mereka tidak menolak tetapi bukan mudah.
“Hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya bila dalam keadaan ini,” katanya.
Akur dengan keputusan ibu untuk berkahwin
Beliau mengakui akur dengan keputusan ibunya, yang membuat keputusan untuk berkahwin baharu.
“Bila apa yang berlaku saya turut tertekan. Mungkin saya nampak gembira ketika saya buat live tetapi sebaliknya. Banyak benda ini saya kongsikan tetapi saya rasa tidak manis untuk saya kongsikan di sini cukuplah apa yang saya rasakan untuk saya simpan untuk diri saya sahaja,” luahnya.
Terdahulu, tular mengenai perkahwinan baharu usahawan terkenal, Bonda Rozita bersama abang kepada pelakon Datin Rebecca yang mengundang persoalan netizen. Netizen turut menyoal kesahihan itu menerusi beberapa sesi live di TikTok isteri Aliff, Datin Seri Shahida serta adik beradik Aliff.
Isu berkenaan semakin panas apabila muncul Rebecca yang membidas kenyataan Shahida dan menggelarkannya sebagai ‘mak cik bodoh’ gara-gara menegur tindakannya yang gemar berkongsi tentang Bonda Rozita Ibrahim di laman sosial.
The post ‘Ini bukan konten, saya turut tersepit’ – Aliff Syukri akhirnya bersuara appeared first on The Reporter.



