“Ini Bukan Saja Soal Sesat Tetapi Bod*h” – Mufti Perlis Ulas Mengenai Kepercayaan Ahli GISBH [Video]

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 1:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Isu membabitkan syarikat atau organisasi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sememangnya mencuri tumpuan ramai.

Walaupun telah lebih sebulan berlalu, ada sahaja penemuan terbaharu membabitkan organisasi berkenaan yang melibatkan amalan dan kepercayaan serta aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak.

Perbuatan keji organisasi yang juga dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn. Bhd. mendapat perhatian ramai termasuklah golongan agamawan seperti Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis Anggap Kepercayaan Ahli GISBH Khurafat Begitu Dahsyat

Terbaharu, Dr Asri menyifatkan tindakan dan kepercayaan pengikut GISBH bukan sahaja sesat malah tidak bijak terutamanya dalam membezakan antara perkara yang benar atau salah di sisi agama Islam.

Beliau yang juga terkenal dengan panggilan Dr Maza menjelaskan tindakan mempercayai bahawa wujudnya keberkatan pada tubuh badan guru merupakan perbuatan khurafat yang amat dahsyat.

Jelas beliau, meskipun kumpulan al-Arqam telah lama difatwakan sebagai sesat namun asas penubuhan kumpulan tersebut (GISBH) masih mengekalkan perbuatan yang sama iaitu pemujaan terhadap tokoh.

“Saya tanya kepada ahli dia yang terbabit itu, berulang kali saya tanya hal ini dan sekarang ini kita tengok yang keluar semua mengaku benda sama.

“Janggut, air basuhan kaki, basuhan tisu. Kultus ni mempunyai kepercayaan bahawa guru mereka mengandungi satu keberkatan pada tubuh mereka. Khurafat yang begitu dahsyat,” katanya.

Mufti Perlis Anggap Kepercayaan Ahli GISBH Sesat & Bodoh

Tambah beliau, walaupun unsur mengagungkan tokoh agamawan telah lama wujud dalam kalangan masyarakat namun ia seharusnya tidak boleh dilaksanakan secara berlebihan.

“Kalau sekadar ringan-ringan contohnya, ‘ambil keberkatan enta Sheikh’, ia tak sampai kepada melampau.

“Tapi kalau sampai menganggap dengan ‘awak minum air ni awak diberi kekuatan’ atau ‘dengan tongkat yang diberi oleh Abuya itu ada satu kuasa yang dapat menghancurkan kuasa-kuasa besar yang lain’ ianya bukan sahaja soal sesat, tapi soal bodoh,” terangnya lagi.

Dua Perkara Penting Corak Agama Individu

Pada masa yang sama, beliau menegaskan terdapat dua perkara penting yang mencorakkan agama seseorang membabitkan kepercayaan dan amalan.

Jelasnya, jika amalan salah namun tidak diikuti dengan kepercayaan yang salah, seseorang itu tidak akan menjadi sesat.

“Tapi kalau kepercayaan salah, walaupun tidak ada amalan, maka seseorang itu akan jadi sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Episod 126 Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan.

Terdahulu, Dr Maza merupakan antara individu terawal yang mengkaji isu GISBH sejak bertahun dahulu namun tiada tindakan yang diambil pada ketika itu.

Malah, negeri pimpinannya, Perlis menjadi negeri pertama yang mengisytiharkan GISBH sebagai satu kumpulan ajaran sesat.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

Source: