
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Insentif pas bulanan My50 untuk penggunaan perkhidmatan pengangkutan kendalian Prasarana merangkumi perkhidmatan rel Monorel, LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan perkhidmatan bas (BRT) bertujuan untuk mengurangkan kos pengangkutan selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam kepada penduduk di Lembah Klang.
Baca Artikel Berkaitan: Touch ‘n Go Bakal Lancar Kad Baharu, Benarkan Pengguna Tambah Nilai Guna TnG eWallet
Kebiasaannya, pengguna akan membeli pas bulanan berharga RM50 tersebut menerusi kaunter perkhidmatan Rapid KL, stesen LRT, MRT atau BRT berdekatan sama ada menggunakan kad TNG atau MyKad.
Boleh Beli Pas Bulanan My50 Melalui TNG eWallet
Pun begitu, sebenarnya anda boleh menempah pas bulanan itu dengan cara lebih mudah iaitu menerusi Touch ‘n Go eWallet sahaja. Jimat masa, jimat tenaga.
Malah ia sesuai digunakan bermula bulan hadapan memandangkan MyKad ciri baharu bakal diperkenalkan pada bulan Jun namun iainya tidak lagi mempunyai fungsi TNG.

Langkah-langkah Tempah Pas Bulanan My50 Guna TNG eWallet
Buat anda yang tidak tahu, di sini kami kongsikan cara-caranya:
#1 Muat turun aplikasi TNG eWallet
Pertama sekali, apa yang anda perlukan adalah telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi NFC dan melakukan pengesahan elektronik Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (eKYC).
Jangan lupa, anda juga memerlukan kad TNG yang mempunyai fungsi NFC bagi menempah My50 menerusi eWallet.
#2 Pergi Ke Bahagian ‘Travel Pass’
Kemudian pergi ke bahagian ‘Travel Pass’. Anda boleh mencarinya di ruangan ‘search’ di atas atau di bahagian ‘Transport’.
#3 Pilih Pas Rapid KL Yang Mahu Diaktifkan
Selepas itu, tekan butang My50 di bahagian kanan atas. Kemudian, scroll ke bahagian bawah untuk memilih kad TNG yang ingin digunakan bagi pas tersebut.
Selepas memilih kad yang mahu digunakan, anda perlu mengimbas kad TNG pada telefon pintar.
#4 Pilih Tarikh Mula Pengaktifan My50
Kemudian pilih tarikh pengaktifan bagi My50 anda. Seterusnya, klik pada butang persetujuan terma dan syarat sebelum mengesahkan pembelian dan teruskan dengan proses pembayaran.
Pastikan baki anda mencukupi kerana pembayaran hanya boleh dibuat menerusi TNG eWallet sahaja.
Selepas itu, sentuh semula kad Touch ‘n Go pada telefon pintar untuk pengaktifan dan selesai!
Anda sudah berjaya menempah pas RM50 untuk sebulan dan boleh memulakan perjalanan tanpa had selama 30 hari di LRT, MRT, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT.
Pas Bulanan Untuk Bukan Warganera Juga Ada
Sekadar info, pas bulanan My50 hanya layak buat pemegang MyKad dan juga MyTentera sahaja.
Pun begitu, Rapid KL juga menyediakan pas bulanan bagi mereka yang bukan warganegara Malaysia. Namun harganya adalah sedikit berbeza daripada My50 iaitu sebanyak RM150 bagi penggunaan selama 30 hari.
MyKad Generasi Baru Tiada Lagi Fungsi TNG, Boleh Tempah My50 Melalui TNG eWallet
Sebagai info, kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa MyKad generasi baharu tidak lagi mempunyai fungsi TNG. Oleh itu, anda tidak boleh lagi menggunakan kad pengenalan untuk menempah My50.
Menurut Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias, MyKad baharu yang dijangka mula diperkenalkan bulan depan (Jun) akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada sekarang.
Buat mereka yang akan membuat MyKad baharu nanti, bolehlah guna cara ini untuk menempah pas bulanan RM50 anda melalui TNG eWallet.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Touch ‘n Go eWallet Akan Laksanakan Pengesahan eKYC 100% Bermula 20 Disember
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Galakkan Transaksi Tanpa Tunai, Touch ‘n Go Lancar Kempen Mai Kita Cashless
Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Tebus Tambang Percuma RapidKL Selama Sebulan Untuk Pemegang Pas My50







