Ini Cara Buat Aduan Ke SKMM Jika Liputan Internet Di Kawasan Anda Lemah

7 Nov 2023 • 10:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jika tiada tindakan dari syarikat telko yang bermasalah, kemukakan aduan anda di sini.

Ini Cara Buat Aduan Ke SKMM Jika Liputan Internet Di Kawasan Anda Lemah. Masalah liputan internet yang lemah sudah tentu akan mengganggu rutin harian kita. Apatah lagi kebanyakan urusan kini sudah beralih secara online, boleh dikatakan liputan internet merupakan asas kehidupan selain daripada air, makanan dan sumber elektrik.

Namun, mengeluh tidak akan menyelesaikan masalah anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat aduan. Jika anda telah membuat aduan kepada penyedia liputan telekomunikasi di kawasan anda dan tidak menerima respon, segera lakukan aduan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah mudah seperti berikut.

1. Buka laman sesawang aduan SKMM di pautan https://aduan.skmm.gov.my/

2. Pilih aduan sektor yang hendak diadu

image is not available
Ini Cara Buat Aduan Ke SKMM Jika Liputan Internet Di Kawasan Anda Lemah. Sumber: mcmc

3. Selepas login atau sign up, klik aduan baru

image is not available

4. Pilih jenis aduan, jenis perkhidmatan, kategori, subkategori dan pembekal perkhidmatan.

Untuk kes liputan internet yang lemah (liputan 4G LTE), pilih opsyen seperti berikut :

  • Jenis aduan : Complaint
  • Jenis perkhidmatan : Cellular services
  • Kategori : Network
  • Subkategori : Poor coverage 4G/LTE
  • Pembekal perkhidmatan : Syarikat telko yang bermasalah liputan di kawasan anda

Untuk ruangan pembekal perkhidmatan, anda boleh memilih lebih daripada satu syarikat telko yang bermasalah di kawasan anda. Jika kawasan anda langsung tidak mempunyai liputan pula, anda boleh pilih opsyen ‘No coverage 4G/LTE’.

image is not available

5. Isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap.

image is not available

6. Isikan maklumat huraian masalah liputan anda. Kemudian, lengkapkan maklumat yang lain seperti model telefon, lokasi masalah, alamat serta latitud dan longitud tempat anda.

Untuk mendapatkan latitud dan longitud yang tepat lokasi rumah anda, anda boleh membuka laman sesawang Google Maps. Bagi memudahkan pencarian, guna imej satelit dan klik kanan (right-click) pada lokasi anda. Kemudian, klik pautan ‘What’s here’. Latitud dan longitud anda akan terpapar.

Jika anda membuka aplikasi Google Map menggunakan telefon pintar atau tablet, pin kan sahaja lokasi anda. Latitud dan longitud akan terpapar secara automatik.

image is not available
Ini Cara Buat Aduan Ke SKMM Jika Liputan Internet Di Kawasan Anda Lemah

7. Lampirkan gambar masalah anda sama ada tangkap layar (screen shot) liputan yang bermasalah di telefon anda atau gambar yang berkaitan.

image is not available

8. Hantar permohonan anda. Jangan lupa isi simbol captcha dan tanda ruang pengesahan maklumat.

image is not available

Itu sahaja.

Jika anda ingin menyemak status aduan anda, klik butang biru ‘SEMAK ADUAN/TRACK COMPLAINT’.

Aduan servis penyiaran serta penghantaran kurier juga boleh dibuat di SKMM

Selain itu, anda sebenarnya boleh membuat aduan tentang masalah lain terutamanya masalah komunikasi melalui platform ini. Antaranya seperti masalah servis syarikat telekomunikasi, servis penyiaran televisyen dan radio, servis internet, servis penghantaran pos/kurier, kandungan digital, USP dan lain-lain.

Gunakan platform yang ada ini dengan sebaik mungkin agar anda tidak terus dibelenggu dengan masalah asas seperti ketiadaan liputan internet dan masalah komunikasi yang lain.

Jika anda mempunyai pengalaman membuat aduan ke SKMM, kongsikan bersama kami tentang masalah anda dan jalan penyelesaian yang telah diberikan di ruangan komen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/ini-5-pelan-internet-pra-bayar-super-murah-jimat-dan-rahmah-untuk-2023/

https://www.iloveborneo.my/semua-kawasan-di-bintulu-bakal-menikmati-kelajuan-internet-5g-menjelang-tahun-2024/