Ini Cara Buat Sendiri Belon Buih Gergasi Guna Tiga Bahan

Family & Parenting
27 Dec 2023 • 3:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Ini Cara Buat Sendiri Belon Buih Gergasi Guna Tiga Bahan

Di kala cuti persekolahan masih lagi berbaki selama beberapa hari, ibu bapa tentunya tidak melepaskan peluang membawa anak-anak bersiar-siar ke taman rekreasi terdekat.

Waktu inilah ibu bapa dapat mengisi waktu bersama keluarga tercinta sambil melakukan aktiviti beriadah.

Seperti yang diketahui, kebanyakan taman rekreasi kini dipenuhi pelbagai gerai yang menjual permainan. Ia secara tidak langsung untuk menarik perhatian anak-anak termasuklah belon buih gergasi yang sangat diminati golongan kanak-kanak.

Permainan ini menggunakan air sabun khas yang disediakan dalam satu bekas bersama tali yang sudah diikat dalam pelbagai bentuk seperti bunga atau bulat.

Sudah tentu ‘licin’ duit ibu bapa sekiranya pergi ke lokasi ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai.

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan rahsia membuat belon gergasi untuk anak-anak hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Liyana di akaun TikTok @mizzleeanne.

Bahan-Bahan

image is not available
Gambar: TikTok @mizzleeanne

Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan buih gergasi ini adalah air panas 500 milimeter (ml), sabun pencuci pinggan dan dua sudu gliserin

Cara penyediaan

Langkah pertama, sediakan satu bekas kecil dan tuangkan air panas 500 ml.

Langkah kedua, masukkan setengah cawan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas air panas itu.

image is not available
Gambar: TikTok @mizzleeanne

Sambil tuang, pastikan larutan dikacau hingga sekata dengan perlahan supaya mengelakkan sebarang buih terhasil.

Langkah ketiga, masukkan dua sudu gliserin ke dalam larutan tadi dan kacau. Gliserin berfungsi memastikan belon tidak mudah pecah.

image is not available
Gambar: TikTok @mizzleeanne

Seterusnya, simpan cecair yang dihasilkan dalam bekas tertutup selama dua atau tiga hari sebelum digunakan untuk hasil yang terbaik dan siap untuk digunakan.

Bagi stick buih, ibu bapa boleh membelinya di dalam talian ataupun membuatnya sendiri di rumah.