Ini cara Dbrand “kantoi”-kan plagiat Casetify

Design
24 Nov 2023 • 11:04 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jenama pengeluar casing telefon terkenal dunia, Castify kini berdepan kontroversi. Pesaing mereka, Dbrand mendakwa yang Castify mencedok bulat-bulat rekaan sebilangan casing telefon. Mereka perincikan bagaimana mereka "kantoi"-kan Casetify dalam satu siri cicipan di X.

Cara Dbrand kantoi-kan plagiat Casetify

Rekaan yang Dbrand dakwa dicedok Casetify adalah siri Teardown. Ia adalah rekaan yang menunjukkan bahagian dalam sesebuah telefon yang dicetak di bahagian casing telfon.

image is not available
Dbrand masukkan unsur yang tiada pada produk sebenar

image is not available
11 November adalah tarikh lahirnya jenama Dbrand

image is not available
Lagi rujukan pada 11 November yang disembunyikan dengan kapasiti bateri

Siri ini adalah hasil kerjasama Dbrand bersama YouTuber terkenal JerryRigEverything.

image is not available

YouTuber itu turut mengutuskan video tentang isu ini di laman miliknya.

Sewaktu artikel ini ditulis, didapati yang pihak Casetify telah menurunkan halaman produk Inside Out.

image is not available

Pihak Dbrand telah memfailkan saman kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat berkenaan isu ini dan mereka sedar yang ini adalah satu proses yang panjang kerana Casetify adalah jenama luar negara.

Casetify bukanlah jenama yang kecil. Mereka ada banyak kolaborasi dengan jenama-jenama besar. Contohnya mereka hasilkan beberapa casing ekslusif bertemakan Nothing untuk iPhone 14 dan iPhone 15. Harga jualan casing ini bukanlah murah, antara USD68 hingga USD98 (RM318 – RM458).

image is not available

Mereka juga adalah rakan skesori untuk acara besar seperti Coachella Valley Music & Arts Festival.

image is not available

Kaedah yang digunakan Dbrand untuk menangkap pemplagiat ini mirip kaedah yang digunakan oleh penggiat bidang kartografi. Ia dikesan diguna seawal 1930 sebagai melindungi hak cipta pelukis peta. Jurukartograf akan memasukkan lokasi buatan yang tiada di dunia sebenar dalam celah-celah lokasi sebenar, contohnya Agloe, New York adalah lokasi buatan yang akhirnya bertukar jadi lokasi sebenar.

View Original Article