Ini Cara Hilangkan Panau Pada Badan & Muka Yang Anda Boleh Cuba

Health & Fitness
14 Apr 2026 • 2:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ini Cara Hilangkan Panau Pada Badan & Muka Yang Anda Boleh Cuba

Kalau nampak tompok putih atau keperangan pada kulit terutamanya di leher, dada atau belakang badan, besar kemungkinan itu adalah panau, atau nama saintifiknya tinea versicolor

Walaupun tidak berbahaya, masalah ini sering buat ramai rasa kurang yakin, lebih-lebih lagi bila jelas kelihatan pada kulit.

Apa yang ramai tak tahu, panau sebenarnya boleh dirawat dengan berkesan jika menggunakan cara yang betul dan konsisten. Berdasarkan rujukan daripada pakar kesihatan, ini 5 cara utama untuk merawat panau yang anda perlu tahu.

#1 Guna krim antikulat sebagai pilihan utama 

Rawatan paling asas dan sering disyorkan adalah penggunaan krim atau losyen antikulat. Bahan seperti clotrimazole, miconazole dan ketoconazole dapat membantu membunuh kulat yang menyebabkan panau secara terus pada permukaan kulit.

Krim ini biasanya disapu secara konsisten selama beberapa minggu, bergantung kepada tahap jangkitan. Ia sesuai untuk kes panau ringan hingga sederhana dan mudah didapati di farmasi.

#2  Guna syampu antikulat 

Menariknya, syampu antikulat bukan hanya untuk rambut. Produk yang mengandungi selenium sulfide atau ketoconazole juga boleh digunakan pada kawasan kulit yang dijangkiti panau.

Cara penggunaannya mudah, sapukan pada kawasan berkenaan, biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. Kaedah ini membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan sering digunakan sebagai rawatan tambahan.

#3 Makan ubat untuk kes yang lebih serius

Image from: Ini Cara Hilangkan Panau Pada Badan & Muka Yang Anda Boleh Cuba
Pills, tablets, vitamins and drugs heap in mature hands, closeup view.

Bagi kes panau yang lebih teruk, merebak luas atau kerap berulang, doktor mungkin akan mencadangkan ubat antikulat oral seperti fluconazole atau itraconazole.

Rawatan ini bertindak dari dalam badan dan lebih efektif untuk mengawal jangkitan yang sukar dirawat dengan sapuan luaran sahaja. Namun harus diingatkan, ia perlu diambil di bawah pemantauan doktor.

#4 Cuba rawatan semula jadi sebagai sokongan

Image from: Ini Cara Hilangkan Panau Pada Badan & Muka Yang Anda Boleh Cuba
garlic oil for treatment

Selain rawatan moden, terdapat juga beberapa bahan semula jadi yang dipercayai membantu mengawal panau. Antaranya bawang putih, kunyit, aloe vera dan minyak kelapa yang mempunyai sifat antikulat dan anti-radang.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyapukan bahagian panau menggunakan bahan semula jadi di atas.

Walaupun begitu, rawatan ini lebih sesuai dijadikan sokongan dan bukan pengganti kepada rawatan perubatan utama.

#5 Konsistensi & kebersihan adalah kunci

Satu kesilapan biasa adalah berhenti rawatan terlalu awal apabila simptom mula hilang. Hakikatnya, kulat masih boleh kekal dan menyebabkan panau berulang.

Selain itu, menjaga kebersihan diri juga penting bagi mengelakkan kulit terlalu lembap. Jadi sentiasalah memakai pakai yang bersih. Semua ini membantu mencegah pertumbuhan semula kulat.

Selain itu, tanggapan yang mandi lepas berpeluh boleh menyebabkan panau adalah tidak benar sama sekali sebaliknya jangkitan pada badan boleh disebabkan faktor lain seperti kulit berminyak, badan yang kerap berpeluh atau sistem imun lemah serta banyak lagi.

Panau mungkin nampak seperti masalah kecil, tetapi jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh berlarutan dan berulang. Kunci utama untuk mengatasinya adalah memilih rawatan yang sesuai dan kekal konsisten sehingga benar-benar sembuh.

Jika keadaan tidak bertambah baik atau semakin teruk, sebaiknya dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

View Original Article