Ini Cara Mudah Tukar Nama Kenderaan Secara Online Tanpa Pergi JPJ

3 Feb 2025 • 1:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Proses Pertukaran Nama Kenderaan Secara Dalam Talian

Ini Cara Mudah Tukar Nama Kenderaan Secara Online Tanpa Pergi JPJ. Dalam era digital kini, pelbagai urusan dapat diselesaikan secara dalam talian, termasuk pertukaran nama kenderaan.

Jika sebelum ini pemilik kenderaan perlu hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyelesaikan proses ini, kini terdapat kaedah yang lebih mudah dan pantas yang boleh dilakukan secara atas talian.

image is not available
Ini Cara Mudah Tukar Nama Kenderaan Secara Online Tanpa Pergi JPJ. Sumber foto: Facebook Nurul Hafizah

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang individu berkongsi cara atau proses pertukaran nama kenderaan secara dalam talian, dengan menggunakan dua aplikasi iaitu My JPJ dan My Digital ID.

Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menggunakan Langkah Tersebut

  • Bagi pemilik kereta, pemeriksaan Puspakom adalah wajib sebelum meneruskan pertukaran nama.
  • Bagi pemilik motosikal, pemeriksaan Puspakom tidak diperlukan, menjadikan proses lebih mudah.
  • Tiada baki pinjaman bank – Pertukaran nama hanya boleh dilakukan sekiranya kenderaan tidak mempunyai sebarang pinjaman tertunggak.

Langkah-Langkah Pertukaran Nama Kenderaan

Berikut adalah langkah-langkah ringkas bagi melaksanakan proses ini:

1. Daftar akaun di MyJPJ. Status akan dipaparkan sebagai Standard.

image is not available

2. Seterusnya, daftar akaun di aplikasi MyDigital ID, atau log masuk terus ke MyJPJ dan rujuk bahagian bawah halaman.

image is not available

3. Apabila muncul pop-up pengesahan, pilih Ya.

image is not available

4. Lepas itu, keluar pula pop-up seperti ini.

image is not available

5. Status MyJPJ akan berubah daripada Standard kepada Advance.

image is not available

6. Kemudian, akses laman web MySikap melalui pautan: MySikap dan log masuk menggunakan ID serta kata laluan daripada MyJPJ.

image is not available

7. Sebagai pemilik kenderaan, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).

image is not available

8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Maklumat pembeli yang diperlukan termasuk nombor IC dan alamat e-mel. Setelah selesai, penjual dan pembeli masing-masing akan menerima e-mel pengesahan berkaitan urusan pertukaran nama kenderaan.

image is not available

Dengan adanya kaedah ini, urusan pertukaran nama kenderaan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa serta mengurangkan keperluan untuk berurusan secara fizikal di kaunter JPJ.

Oleh itu, bagi mereka yang merancang untuk menjual atau membeli kenderaan, kaedah ini boleh dijadikan pilihan utama bagi memudahkan proses pemindahan hak milik.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai aplikasi mudah alih MyJPJ: