Ini cara paling mudah hilangkan rasa miang batang keladi, barulah sedap siput sedut masak lemak cili padi

Cooking
3 Mar 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
batang keladi

SIPUT sedut masak lemak batang keladi memang best jika dimakan dengan nasi panas atau diratah begitu saja.

Cuma apa yang membuat ramai tak gemar makanan tersebut apabila batang keladi itu tidak dimasak dengan betul sehingga menimbulkan rasa gatal.

Sebenarnya ada cara mudah untuk menghilangkan miang pada sajian tersebut.

Peminat kulinari tersebut, Jefri Mejan berkongsikan petua menarik di akaun Facebook.

Menurut beliau, hanya rebus batang keladi ketika air mendidih dan kemudian hanya tos saja sehingga kering.

image is not available

Kemudian, batang keladi itu boleh dimasak dengan pelbagai resipi termasuklah masak asam, tumis atau lemak cili padi.

Kalau gatal pada tapak tangan selepas membuang kulit luar batang keladi, nak buat macam mana?

Anak jati Kampung Bukit Badong, Ijok, Kuala Selangor itu ada kaedah tersendiri.

Hanya menggunakan sedikit asam jawa, kemudian lumurkan pada tapak tangan. Tak perlu tunggu lama, bilas dengan air bersih.

“Insya-ALLAH gatal keladi akan hilang,” katanya yang turut berkongsikan cara memasak siput sedut masak lemak batang keladi kepada pengikutnya.

Berikut resipi yang dikongsikan:

Bahan-bahan

Batang keladi
Siput sedut
Bawang besar

image is not availableBawang putih
Cili besar [BELI DI SINI]
Cili padi
Kunyit hidup

image is not availableLengkuas
Halia
Serai
Asam keping [BELI DI SINI]

image is not available

Santan [BELI DI SINI]
Garam
Air
Minyak masak [BELI DI SINI]

Cara penyediaan:

1. Cuci dan siang siput sedut hingga bersih.
2. Batang keladi dibersihkan dan dicuci.

image is not available3. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili, kunyit dan halia sehingga halus.
4. Serai dan lengkuas dititik saja.
5. Panaskan minyak dan tumis hingga masak bahan kisar dan dititik tadi.
6. Masukkan batang keladi, gaul rata dengan bahan tumis.

image is not available 7. Masukkan sedikit air dan tutup supaya batang keladi cepat lembut.
8. Kemudian masukkan siput sedut dan gaul rata.
9. Bubuh sedikit air dan tutup supaya siput cepat masak.

image is not available8. Bila sudah separuh masak siput, masukkan santan dan kecilkan api .
9. Letak garam secukup rasa.
10. Siap untuk dihidang.

image is not available

Rasanya lepas ini bolehlah prepare dan masak sendiri di rumah.

Mungkin sebelum ini ramai yang takut kena gatal batang keladi, tapi kalau ikut petua yang dikongsikan mungkin menjadi.

image is not available

Lagipun nak cari siput sedut atau batang keladi siap disiang pun mudah, dekat pasar awam pun ada.

Apa kata cuti minggu ini kalian cuba masak menu tersebut.

Kalau ada petua lain untuk menghilangkan rasa miang batang keladi, bolehlah kongsi di ruang komen kami. Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.