Ini Cara Untuk ‘Refund’ Baki Wang Jika Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh

LocalPersonal Finance
22 Jan 2025 • 4:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Selain kad pengenalan dan kad bank, kad Touch ‘n Go (TnG) pun penting sekarang ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakannya untuk membayar tol dan menaiki pengangkutan awam.

Malah dengan adanya kad TnG versi NFC juga memudahkan orang ramai untuk menambah nilai dalam kad tersebut sekiranya baki tidak mencukupi untuk membuat pembayaran.

Tetapi pernah tak anda terfikir, macam mana kalau kad itu tiba-tiba hilang atau sudah tamat tempoh? Duit dalam kad itu pun lesap ke?

Ini Cara Untuk Dapatkan Semula Wang Dalam Kad Touch ‘n Go

Menerusi laman web Touch ‘n Go, anda boleh mendapatkan semula wang sekiranya berada dalam situasi seperti berikut:

  • Jumlah caj yang tidak betul
  • Kad sudah tidak aktif atau tamat tempoh
  • Kehilangan kad

Yang penting, ia boleh dilakukan secara atas talian. Senang je! Tetapi sebelum itu, anda perlu pastikan bahawa kad berkenaan sudah didaftarkan di portal Touch ‘n Go bagi membolehkan wang baki dipulangkan semula.

image is not available
Sumber: Touch ‘n Go

Bagi anda yang belum mendaftarkan kad TnG di portal, berikut adalah cara-caranya:

  1. Daftar masuk ke dalam portal Touch ‘n Go dengan klik [DI SINI] Atau copy paste link ini: https://tngportal.touchngo.com.my/#login
  2. Klik pada ruangan ‘Cards and Charms’ di bahagian kiri ruangan.
  3. Kemudian tekan ‘Add Card(s) and Charm(s)’.
  4. Masukkan nombor siri kad TnG anda dan tekan ‘Submit’.

Selepas selesai, barulah anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan ‘refund’ baki jumlah baki dalam kad berkenaan.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Klik pada bahagian ‘Refund’ di bahagian kiri portal
  2. Kemudian klik pula pada submenu ‘Refund Request’.
  3. Klik pada satu daripada tiga pilihan ‘Refund Request’.
  4. Masukkan nombor siri kad.

Bagi permohonan pemulangan semula baki ini, terdapat tiga pilihan yang disediakan iaitu:

  • Card Termination
  • Missing Value
  • Overcharged – Penalty

Bagi mereka yang mahu mendapatkan semula baki wang sekiranya berlaku kehilangan kad, boleh klik pada ‘Card Termination’.

Anda akan diminta untuk mengisi nombor siri kad dan memilih salah satu sebab, antaranya:

  • Lost
  • Voluntary Termination
  • Stolen
  • Dormant
  • Bad Chips/ Faulty
  • Expired Cards

image is not available
Sumber: Touch ‘n Go

Bagi kad yang hilang akibat dicuri, pemohon hanya layak untuk mendapatkan baki yang tinggal pada kad semasa tarikh melakukan permohonan.

Selain itu, anda juga boleh menjelaskan perkara yang berlaku di ruangan ‘Remarks’.

Langkah seterusnya adalah dengan memilih jenis pemindahan wang yang mahu digunakan iaitu sama ada ke akaun bank, DuitNow atau dompet digital TnG.

Selepas selesai, klik setuju pada perjanjian yang dinyatakan dan tekan ‘Submit’.

image is not available
Sumber: Touch ‘n Go

Permohonan anda akan diproses oleh pihak Touch ‘n Go sehingga tempoh 14 hari dan wang akan dikembalikan tidak melebihi tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.

Anda juga akan menerima e-mel dari TnG berhubung permohonan baki wang yang dilakukan itu.

Semoga tips ini dapat membantu anda semua!