

Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026. Pelantikan ini menandakan satu fasa peralihan kepimpinan penting bagi operasi jenama tersebut di rantau ini.
Bukan sekadar memimpin organisasi di Malaysia, Schulz juga diberi mandat besar untuk menerajui rantau Asia Tenggara yang kini disatukan di bawah satu payung kepimpinan, merangkumi pasaran Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Schulz bukanlah nama asing dalam keluarga besar Mercedes-Benz. Beliau membawa pengalaman luas selama lebih 25 tahun sejak menyertai syarikat itu pada 1999. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan pengurusan kanan selama sedekad di Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.
Beliau pernah menerajui operasi Mercedes-Benz sebagai CEO di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Romania.
Sebelum kembali ke Asia, beliau berkhidmat di ibu pejabat Mercedes-Benz di Stuttgart, Jerman, dalam bahagian jualan dan pemasaran.
Schulz mengambil alih tugasan daripada Amanda Zhang, yang kini memainkan peranan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat Kanan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

Antara kejayaan besar Zhang sepanjang tempoh perkhidmatannya termasuk:
Juga Menarik: Konsep 'Perdagangan Masa Depan' Mercedes-Benz, Memudahkan Pembelian & Pemilikan
Langkah penyatuan kepimpinan di bawah Schulz bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Mercedes-Benz sebagai peneraju mobiliti mewah di Asia Tenggara, terutamanya dalam berdepan dengan cabaran elektrifikasi.
"Saya amat gembira dapat kembali ke Asia. Rantau ini menawarkan peluang yang sangat besar, dan saya bertekad untuk bekerjasama rapat dengan rakan niaga runcit kami bagi memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa," kata Schulz dalam kenyataan rasminya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Amanda Zhang atas bimbingan dan asas kukuh yang telah dibina untuk memastikan kesinambungan strategi syarikat.
Juga Menarik: Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!


