"Ini Cota Besi Yang Libas Kamal" - Uqasha Dedah Senjata, Terpaksa Rahsiakan Lokasi Demi Keselamatan

14 Mar 2023 • 6:00 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Uqasha Senrose memuat naik gambar cota besi digunakan oleh suspek yang memukul suaminya, Kamal Adli ketika berada di Singapura Ahad lalu.

Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen dalam sebuah video di Instagramnya berkata, dia terpaksa merahsiakan kedudukannya sekarang selepas serangan tersebut berlaku.

image is not available

“Perkara jadi sekelip mata, kami terpaksa rahsiakan lokasi (sekarang) kerana dianggap seperti ugutan untuk membunuh, saya masih lagi trauma dengan kejadian itu” katanya.

Dalam nada yang sedih, pelakon itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi tentang kejadian tersebut dan menyalahkan mana-mana pihak.

“Orang lain jangan tambah cerita lain, jangan salahkan warga Singapura dan Malaysia, orang di sini (Singapura) ada menolong Uqasha di waktu kejadian.

“Uqasha dalam keadaan trauma selepas semua ini terjadi, satu besi di belakang kepala suami saya, memang niat dia untuk membunuh, bila tak dapat pukul bawah (kepala) dipukul pula di pipi diikuti badan,” ujarnya.

Menurut pelakon itu, dia dan suaminya memberikan kepercayaan penuh kepada pihak polis di Singapura yang menyiasat perkara terbabit.

“Kamal baru sahaja sedarkan diri, selepas buat pembedahan kepada, hari ini doktor akan mengenakan X-ray pada Kamal,” katanya.