Ini Dia 3 Garis Panduan Bagaimana Untuk Urus Insiden Babitkan EV!

LocalTechnology
15 Nov 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengeluarkan tiga garis panduan keselamatan bagi kenderaan elektrik (EV) bagi mengendalikan kemalangan EV dengan lebih cekap.

Tiga garis panduan itu ialah:

• Panduan Keselamatan untuk Pengguna Jalan Raya dan Orang Ramai Berkenaan Pengurusan Insiden EV (MyEVIM).

• Protokol Penilaian Voltan Tinggi EV.

• Garis Panduan Keselamatan Makmal Ujian Pelanggaran EV.

image is not available

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, ia merupakan satu pendekatan yang mudah untuk difahami orang awam khususnya untuk mengambil langkah awal sekiranya terlibat dalam kemalangan atau kerja menyelamat.

"Walaupun EV di Malaysia (penggunaan) masih awal dan belum mencapai satu skala yang besar, tetapi kenderaan ini semakin popular dan setakat ini, kita telah pun mempunyai puluhan ribu EV di jalanan, jadi garis panduan EV ini satu usaha pertama dan sangat penting,” katanya.

image is not available

Difahamkan, garis panduan itu bukan sahaja terpakai di Malaysia tetapi akan turut dikongsi dengan rakan negara ASEAN memandangkan MIROS merupakan sebuah pusat pengujian kenderaan yang cemerlang di rantau ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved