Ini Dia Imej Acah Kia EV2, EV4 & PV5 – Kemunculan Global 27 Feb Ini Di Kia EV Day

TechnologyCars
14 Feb 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kia bersedia untuk menggegarkan acara Kia EV Day 2025 yang dijadualkan akan berlangsung pada 27 Februari di Tarragona, Sepanyol. Jenama automotif dari Korea Selatan itu bakal memperkenalkan tiga kenderaan elektrik (EV) baharu iaitu model berspesifikasi pengeluaran, Kia EV4 dan PV5 serta model konsep EV2.

image is not availableimage is not available

Untuk membangkitkan keterujaan menjelang acara tersebut, Kia telah mendedahkan beberapa imej acah bagi ketiga-tiga EV ini.

Kia EV4 – Sedan atau Hatchback dengan Rekaan Futuristik

image is not availableimage is not available

Konsep Kia EV4 yang dipertontonkan di Kia APAC EV Day 2024

Kia EV4 sebelum ini pernah dipertontonkan dalam versi konsep semasa Kia EV Day 2024 untuk pasaran Asia Pasifik. Untuk pasaran global, EV4 dikhabarkan bakal hadir dalam dua bentuk badan iaitu sedan dan hatchback.

Dari imej acah rasmi, model ini jelas mengekalkan bahasa reka bentuk Opposites United yang menjadi identiti Kia sejak pelancaran EV9. Walaupun spesifikasi trenkuasa masih belum diumumkan, EV4 dijangka menggunakan pilihan trenkuasa yang sama seperti EV3, iaitu bateri 58.3 kWj (NMC) dengan jarak pemanduan 435 km (WLTP) dan bateri 81.4 kWj (NMC) yang mampu mencapai 605 km (WLTP).

Kia PV5 – Van Komersial Serba Boleh

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Imej acah Kia PV5 (atas) dan PV5 yang dipamerkan di Kia APAC EV Day 2024 (bawah)

Seterusnya, Kia juga akan memperkenalkan PV5, iaitu van elektrik komersial yang juga pernah dipertontonkan sebagai model konsep di acara Kia APAC EV Day tahun lalu.

Dibangunkan berdasarkan platform EV baharu, Platform Beyond Vehicle (PBV), PV5 tampil dengan rekaan futuristik yang diinspirasikan daripada Kia EV9. Selain itu, model ini turut menawarkan susun atur dalaman modular, membolehkan pemilik menyesuaikan kabin mengikut keperluan.

Kia EV2 – Hatchback Kompak dengan Sentuhan Crossover

image is not availableimage is not available

Misteri Kia EV2 bakal terungkai hujung bulan ini

Model ketiga, EV2 merupakan model paling ‘misteri’ kerana ia belum pernah dipertontonkan dalam versi konsep.

Dari imej acah, EV2 kelihatan seperti sebuah hatchback kompak dengan beberapa elemen crossover seperti pelindung bawah badan (cladding) plastik dan pelindung bampar ala skid plate.

Selain itu, model ini turut menampilkan bahasa rekaan Opposites United EV9 dengan penggunaan lampu LED menegak, rekaan lampu belakang 3D yang unik, bumbung hitam dan garis badan yang membuatkkannya kelihatan gagah.

Strategi Baharu Kia untuk EV Global Akan Diumumkan

image is not availableimage is not available

Selain memperkenalkan ketiga-tiga model ini, Kia juga dijangka akan mendedahkan strategi EV global terbarunya semasa acara Kia EV Day 2025. Nantikan 27 Februari ini untuk perkembangan terperinci yang bakal kami kongsikan di carz.com.my.

View Original Article