Ini Empat Sebab Utama Pengguna Android Bertukar Ke iPhone

TechnologyDigital
2 Jun 2023 • 8:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semakin ramai pengguna Android berhijrah ke Apple sejak lima tahun kebelakangan ini. Kami katakan begini kerana apabila berjalan di Kuala Lumpur, semakin mudah melihat pengguna iPhone berbanding lima tahun yang lalu. Ia bukan lagi dilihat sebagai peranti mewah dengan data dari Amerika Syarikat menunjukkan pengguna kini memilih membeli iPhone model lama berbanding Android kelas pertengahan.

image is not available

Kajian oleh CIRP yang diterbitkan semalam mendedahkan empat sebab utama penghujrahan ini berlaku. Sebanyak 53% pengguna berpindah kerana isu yang dialami pada peranti Android mereka. Sebanyak 26% pula berkata kerana inginkan ciri baharu yang ada pada iPhone. Sementara itu 15% berkata kos membeli iPhone kini sama sahaja dengan Android dan akhir sekali 6% berkata ia kerana ekosistem seperti FaceTime serta iMessage.

Data in adalah khusus untuk Amerika Syarikat sahaja tetapi kami merasakan ia hampir sama dengan situasi di Malaysia. Kami pernah menerbitkan artikel mengatakan pengadroidan iOS adalah baik untuk pengguna Android kerana ia membuatkan mereka lebih mudah berhijrah ke iPhone. Dengan 26% berpindah oleh sebab itu, tindakan Apple meminjam pelbagai cieri Android adalah langkah yang bijak.

image is not available

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Apakah sebab anda berpindah ke kem Apple. Bagi yang masih tegar dengan Android apakah pula sebab kena anda masih setia? Bagi kami sebab Android masih dijadikan peranti kegunaan harian adalah kerana Google Assistant adalah 100% lebih pintar berbanding Siri. Kami masih belum mampu hidup tanpa Assistant pada waktu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved