'Ini hanya baru permulaan'

Football
9 Aug 2022 • 12:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Erling Haaland Foto EPA

ERLING Haaland memulakan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan penuh bergaya apabila membantu Manchester City membenam West Ham United 2-0 pada Ahad. Tampil buat kali pertama di pentas EPL selepas berhijrah dari Borussia Dortmund pada musim panas ini, Haaland menyumbat kedua-dua gol City di Stadium London itu. Haaland membuka tirai jaringan City menerusi sepakan penalti pada minit ke-36 sebelum melengkapkan kemenangan The Citizens dengan gol kedua pada minit ke-65. “Sangat baik apabila dia menyaksikan kedua-dua gol itu kerana ia adalah detik yang penting buat saya dalam penampilan pertama dalam liga ini (EPL). “Ia tentang apa yang kami lakukan dalam sesi latihan setiap hari. Akan ada banyak lagi (jaringan), jadi saya tidak risau kerana ini hanya baru permulaan,” katanya. Minggu lalu, Haaland dikritik selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang ketika kekalahan 1-3 kepada Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved