Ini Ialah AirPods Dengan Kamera Yang Menyokong Visual Intelligence

TechnologyDigital
18 Aug 2026 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dilaporkan telah membangunkan AirPods dengan kamera terbina sejak tahun lalu. Dengan kamera terbina, ia akan berfungsi seperti cermin mata pintar Meta tetapi lebih sukar dikesan. Semalam sebuah video ditemukan dalam macOS Tahoe 26.7 RC yang menunjukkan rupa dan bagaimana AirPods berkamera ini berfungsi.

Image from: Ini Ialah AirPods Dengan Kamera Yang Menyokong Visual Intelligence

Pengguna hanya perlu memberikan arahan suara kepada SIri dan Visual Intelligence boleh mengenal pasti objek yang sedang dipegang. Sekilas pandang AirPods ini kelihatan seperti AirPods Pro biasa. Lokasi kamera diketahui kerana tidak dapat dilihat dalam gambar di atas.

Dalam laporan terdahulu, kamera pada AirPods tidak boleh menangkap gambar atau merakam video seperti Ray-Ban Meta. Ia hanya diaktifkan untuk mengenal pasti objek yang dipegang atau mengira jumlah kalori makan.

Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu pelanggaran privasi yang dikaitkan dengan cermin mata pintar. AirPods dengan kamera dijangka dilancarkan tahun 2027 sempena ulang tahun ke-20 iPhone.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved