Ini ialah Earendel – Bintang Paling Jauh Pernah Dilihat Setakat Ini

TechnologyDigital
16 Aug 2023 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teleskop angkasa James Webb memecahkan pelbagai rekod astronomi sejak mula beroperasi tahun lalu. Dengan lensa sebesar gelanggang tenis dan sensor yang sensitif, imej yang lebih jelas boleh diambil berbanding teleskop angkasa Hubble. Minggu ini James Webb memecahkan sebuah lagi rekod kali ini bintang yang paling jauh pernah dilihat dalam sejarah peradaban manusia.

image is not available

Bintang Earendel terletak sekitar 28 bilion tahun cahaya dari bumi dan dianggarkan telah wujud 1 bilion selepas letupan Bing Bang. Menerusi gambar infra merah yang diambil James Webb, saintis mengatakan Earendel adalah satu juta kali lebih terang serta dua kali lebih panas berbanding matahari.

Menariknya mengenai Earendel ialah ia sebenarnya tersorok di belakang kluster galaksi WHL0137-08. Kerana saiznya yang besar, graviti WHL0137-08 memesongkan cahaya daripada Earendel yang membolehkan ia dilihat. Fenomena “lensa graviti” ini turut menyebabkan saiz Earendel bertambah 4000 kali daripada sebenar apabila imejnya ditangkap oleh James Webb.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved