Ini Ialah Kasut Yang Juga Sebuah Mesin Pencetak Yang Berfungsi

TechnologyDigital
28 Aug 2023 • 8:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kasut dan mesin pencetak adalah dua objek buatan manusia yang secara lazimnya tidak mempunyai pertemuan dalam gambar rajah Venn. Tetapi Taylor Tabb, seorang pereka telahpun menghasilkan Footprints yang adalah sepasang kasut yang juga berfungsi sebagai sebuah mesin pencetak.

image is not available

Footprints boleh mencetak di mana-mana permukaan rata dengan bahagian pencetaknya diletakkan pada bahagian tapak kasut. Untuk membolehkan ini dilakukan, sebuah mesin pencetak kompak Princube telah diubahsuai supaya boleh dimuatkan dalam Footprints.

Logo HP diletakkan pada sisi dan lidah kasut ini serta terdapat tiub mengandungi dakwat pada kasut sebelah kanan. Ini hanyalah sekadar estetik kerana tangki dakwat diletakkan pada bahagian tapak.

image is not available

Pada waktu ini Footprints hanyalah sekadar konsep oleh Tabb yang memikirkan apakah terjadi sekiranya HP bekerjasama dengan Converse. Hanya sepasang Footprints dihasilkan dan ia bukan untuk dijual.