Ini Ialah Promosi Tech 66th Malaysia Dari TMT Sempena Kemerdekaan – Diskaun Sehingga RM 1,900 Untuk Peranti Terpilih

TechnologyDigital
26 Aug 2023 • 9:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

  • Info
  • Teks Asal: Fatihah Az-Zuanie

Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, pasti anda akan melihat pelbagai promosi menarik mula ditawarkan. Pada waktu ini juga, ramai diantara kita akan mengambil peluang membeli barangan yang diingini bagi menjadikan pembelian kita menjadi lebih berbaloi. Sehubungan dengan itu, mengambil kesempatan dari kehangatan bulan kemerdekaan, Thunder Match Technology (TMT) turut hadir dengan promosiTech 66th Malaysia Together” mereka, bermula dari 26 Ogos sehingga 17 September 2023 ini.

image is not available

Menerusi kempen ini, anda boleh mendapatkan peranti idaman anda dengan harga yang berbaloi, melalui rebat khas yang ditawarkan sehingga RM66. Namun, bagi menikmati rebat ini, anda perlulah berbelanja memenuhi perbelanjaan minimum yang ditetapkan terlebih dahulu seperti berikut:

image is not available

Setelah berbelanja mengikut perbelanjaan minimum yang ditetapkan, anda seterusnya perlu mengimbas kod QR dan mengisi maklumat yang diperlukan di dalam Google Form yang disediakan. 

Lebih Promosi Eksklusif Melalui Karnival TMT Tech Fair

Sekiranya anda inginkan lebih banyak promosi eksklusif, anda turut boleh hadir ke karnival TMT Tech Fair. Menerusi karnival ini, anda boleh menikmati promosi dan rebat bagi pelbagai barangan terpilih seperti OPPO Reno 10 Pro+, yang ditawarkan dengan potongan harga sebanyak RM300. Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy A54 turut ditawarkan pada harga RM1,699, jauh lebih murah berbanding harga asalnya RM1,899. Malah, sekiranya anda ingin memiliki peranti dari Huawei, anda boleh mendapatkan Huawei Mate 50 Pro dengan harga serendah RM2,999. Anda juga boleh membeli produk Apple terpilih menerusi karnival ini, dengan potongan harga sebanyak RM900. Berikut adalah produk-produk lain yang turut ditawarkan menerusi karnival TMT Tech Fair ini.

image is not available

Selain daripada peranti-peranti popular, pelbagai gajet lain turut ditawarkan pada harga promosi seperti komputer riba dari ASUS , MSI, HP dan Acer. Bukan itu sahaja, pencetak Canon Pixma Monochrome turut ditawarkan dengan potongan harga sebanyak RM400, sekaligus menjadikannya pada harga promosi RM450, jauh lebih murah dari harga asal RM850. Aksesori lain seperti soundbar, fon kepala, dan TWS turut ditawarkan dengan harga runtuh menerusi karnival ini. Namun, perlu diingatkan bahawa kesemua unit-unit promosi jualan yang ditawarkan ini adalah terhad. Jadi, sudah tentu anda perlu merebut peluang sebaik mungkin, bagi mendapatkan peranti dan gajet idaman anda.

  • image is not available
  • image is not available
  • image is not available

Sekiranya anda bercadang untuk turut serta dalam karnival yang berlangsung dari 31 Ogos sehingga 3 September ini, bolehlah berkunjung ke lapan cawangan TMT terpilih seperti berikut :

  • TMT Megastore, Plaza Low Yat, KL
  • TMT Megastore, Mid Valley Megamall, KL
  • TMT Megastore, Pavilion Bukit Jalil, KL
  • TMT Megastore,  IOI City Mall, Putrajaya
  • TMT Megastore, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor
  • TMT Megastore, Gurney Plaza, Penang
  • TMT Store, Berjaya Megamall, Pahang
  • TMT Store, KB Mall, Kelantan

Promosi Istimewa Bagi Tiga Cawangan TMT Ini

Selain daripada promosi diatas, TMT turut hadir dengan promosi istimewa bagi tiga cawangan mereka iaitu TMT Megastore IOI City Mall, TMT Store Berjaya Megamall dan TMT Store KB Mall, dimana setiap cawangan bakal menawarkan promosi produk yang berbeza beza.


  • TMT Megastore IOI City Mall, Putrajaya

image is not available

TMT Megastore IOI City Mall dilihat menawarkan fon kepala Sennhaiser M4EBT Momentum 4 dengan potongan harga RM500, menjadikannya pada harga promosi RM1,499, jauh lebih murah dari harga asal RM1,999. Di cawangan yang sama juga, fon kepala JBL Quantum 810 turut ditawarkan pada harga RM699, dari harga asal RM1,099.


  • TMT Store, Berjaya Megamall, Pahang

image is not available

Bagi anda yang berada di Pahang, anda turut boleh mendapatkan promosi istimewa ini menerusi TMT Store Berjaya Megamall, dimana ia bakal menawarkan potongan harga sehingga RM1,000. Menerusi cawangan ini, anda boleh mendapatkan speaker JBL Partybox 110 dengan harga RM1,399 berbanding harga asal RM1,799. Bukan setakat itu sahaja, sekiranya anda mencari papan kekunci bermutu dengan harga yang berbaloi, anda boleh mendapatkan papan kekunci Logitech MX Key Mini dengan harga RM379 sahaja.


  • TMT Store, KB Mall, Kelantan

image is not available

Kemeriahan promosi istimewa ini turut boleh dirasai menerusi TMT Store KB Mall, yang menawarkan fon kepala Logitech G Series pada harga RM89, memberikan anda penjimatan sebanyak RM90 berbanding harga asalnya RM179. Sekiranya anda ingin memiliki TWS, anda turut boleh mendapatkan JBL Wave 100 TWS pada potongan harga sebanyak RM60, menjadikan harga promosi kepada RM119, berbanding harga asal RM179.


Dapatkan Hadiah Misteri Dengan “Merdeka Giveaway” TMT

Bagaimana pula sekiranya anda tidak berkesempatan untuk mengunjungi cawangan TMT atau terlepas karnival yang dianjurkan? Ini tidak menjadi masalah kerana TMT turut menganjurkan “Merdeka Giveaway” secara atas talian bermula 26 Ogos sehingga 17 September 2023 kelak, menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi TMT. Cara penyertaan juga adalah mudah dan ringkas, seperti berikut : 

  1. Like” dan ikuti laman Facebook atau Instagram rasmi TMT
  2. Komen “Tech 66th Malaysia Together” dan tag tiga rakan anda dengan tanda pagar #TMTbyThundermatch #MerdekawithTMT #Tech66thMalaysiaTogether
  3. Tiga pemenang bertuah akan dipilih bagi setiap platform.

Kesimpulannya, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan peranti idaman dengan harga runtuh, kerana peluang ini tentunya datang hanya sekali. Perlu diingatkan juga bahawa segala produk yang ditawarkan mungkin berbeza mengikut cawangan, dan unit jualan yang ditawarkan bagi promosi ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, giveaway dan peranti yang boleh dibeli dibawah kempen “Tech 66th Malaysia Together” ini, layarilah laman web rasmi dan Facebook TMT sekarang.

Penafian : Advertorial daripada Thunder Match Technology (TMT)