Ini Jawapan Puteri Sarah Bila Ditanya Tentang Teruskan Saman Ira Kazar Atau Tidak

Entertainment
11 Apr 2023 • 4:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
puteri sarah

Ramai meluahkan rasa terharu bila lihat pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah berbaik semula. Walaupun memilih untuk berpisah, mereka memutuskan untuk tidak bermusuhan dan meneruskan hubungan sebagai kawan.

Syamsul dan Puteri juga memutuskan untuk menarik semula dakwaan nusyuz sebelum ini. Bagaimanapun, ramai juga menghujani ruangan komen Puteri di Instagram bertanyakan soal samannya terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar diteruskan ataupun tidak.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, saman terhadap Ira serta keluarganya akan tetap diteruskan dan diperjuangkan. Malah, Puteri juga kelihatan tegas dan yakin sewaktu menjawab pertanyaan seorang pengikutnya.

“Yes definitely…” – Puteri Sarah.

image is not available

Keputusan Puteri ini turut disokong pengikutnya dan kebanyakannya berharap agar wanita tersebut mendapat balasan atas segala perkara yang sudah dilakukan olehnya kepada pelakon tersebut.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved