Ini kali terakhir saya jadi pengacara AJL – Naz Rahman

Entertainment
16 Aug 2026 • 10:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ini kali terakhir saya jadi pengacara AJL – Naz Rahman

KUALA LUMPUR – Pengacara Anugerah Juara Lagu ke-40, Naz Rahman mengumumkan tidak akan mengacara anugerah berprestij itu pada masa akan datang.

Menurut Naz atau nama lengkapnya Nazrudin Habibur Rahman, 48, menjadi pengacara AJL selama dua tahun berturut-turut adalah pengalaman bermakna buatnya dan sudah tiba masanya dia memberi peluang kepada wajah baharu.

“Saya berbangga dapat menjadi pengacara AJL selama dua tahun berturut-turut bersama Sissy Iman.

“Saya ingin umumkan saya tidak akan kembali menjadi pengacara AJL pada masa akan datang.

“Usia saya juga sudah lanjut. Saya mahu memberi peluang kepada muka-muka baharu pula merasai peluang ini,” katanya sebelum mengumumkan keputusan pemenang.

Sissy yang berada di sebelah dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis sebaik mendengar pengumuman Naz.

Gandingan Naz dan Sissy yang dipilih menjadi pengacara AJL39 tahun lalu mendapat pujian ramai biarpun pada awalnya dipertikai ramai.

Tahun ini mereka sekali lagi dipilih untuk mengendalikan AJL40 yang disiarkan secara langsung di TV3. – KOSMO! ONLIN

The post Ini kali terakhir saya jadi pengacara AJL – Naz Rahman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved