“Ini ke adat orang Islam?” -Roslan Shah ralat, Ebit Lew batal hadir saat akhir acara di Singapura

22 Jun 2023 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti asal Singapura, Roslan Shah telah meluahkan rasa terkilan kepada personaliti dakwah, Ebit Lew apabila membatalkan kehadirannya ke sebuah acara di Singapura secara tiba-tiba sehingga pihak penganjur mengalami kerugian.

Pihak pengurusan tak maklumkan awal Ebit Lew pergi haji

Menerusi posting yang dibuat oleh Roslan di Insta Story, dia memaklumkan yang pihak pengurusan Ebit Lew tidak memaklumkannya lebih awal perihal perancangan personaliti dakwah itu yang mahu berangkat mengerjakan haji.

image is not available

Ada bukti yang semua perkara sudah dipersetujui

Menerusi tangkapan layar mesej yang dihantar kepada pihak pengurusan Ebit, Roslan memaklumkan yang dia mempunyai bukti bahawaa personaliti dakwah itu akan hadir ke acara tersebut.

image is not available

Awal2 teruja betul

Pengacara itu yang menjadi pengatara antara penganjur dan juga peserta acara tersebut turut menunjukkan mesej dari pihak pengurusan Ebit Lew yang terlihat teruja untuk menyertai acara di Singapura.

image is not available

Alamo kerugian hingga puluhan ribu

Namun begitu, Roslan memaklumkan yang pihak pengajur telah memarahinya kerana Ebit Lew telah membatalkan kehadiran ke acara di Singapura di saat akhir sedangkan unggahan iklan, tempahan hotel dan banyak lagi sudah dilakukan.

Pihak penganjur juga mempersoalkan kewajaran Ebit Lew pergi menunaikan haji tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sehingga berlaku pembatalan kehadiran di Singapura seperti dijanjikan.

image is not available

“Ini ke adat orang Islam dalam beragama?”

Jadi, Roslan atau biasa disapa Cik Lan memberi peringatan lagi kepada pengurus Ebit Lew supaya menepati janji kerana dia sendiri yang menghubungi pengacara itu untuk terlibat sama dalam acara di Singapura.

Roslan juga akui terpaksa mendedahkan hal ini bagi membersihkan namanya kerana melibatkan periuk nasinya kerana sudah berjanji kepada pihak penganjur dan sudah mengeluarkan kos yang cukup besar.

image is not available

Sumber: Instagram Roslan Shah