Ini Keadaan Terkini Di Mekah Selepas Dilanda Hujan Lebat Kelmarin

8 Jan 2025 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Mekah

Cuaca di Mekah berubah mendadak apabila hujan lebat melanda beberapa lokasi termasuk kawasan berhampiran Masjidilharam pada 6 Januari. 

Menurut laporan Kosmo, hujan lebat yang bermula pada pukul 12.15 tengah hari hingga 2.30 petang (waktu Arab Saudi) telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan utama.

Suhu di Mekah mencatatkan 17°C pada pagi semalam, ianya menjadikannya lebih nyaman berbanding biasa dan perkara ini dikatakan sendiri Mutawif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, Wan Batdron Mohd Hanafiah.

Kawasan terjejas di Mekah dan tindakan pihak berkuasa

image is not available

Antara kawasan yang terjejas termasuk Misfalah dan Jalan Ibrahim Khalil, yang terletak hanya 600 meter dari Masjidilharam. 

Menurut Wan Batdron, banjir di kawasan ini sering berlaku akibat sistem perparitan yang tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa bertindak pantas dengan menyedut air banjir menggunakan lori tangki bagi memastikan keadaan kembali normal.

Dalam pengetahuan saya, tiada jemaah Malaysia yang terjejas dalam kejadian banjir ini.

Rakaman video tular menunjukkan keadaan banjir

image is not available

Kota suci Mekah yang terkenal dengan cuaca panas kini dilanda cuaca ekstrem, menyebabkan beberapa kawasan kejiranan ditenggelami air. 

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan banjir yang agak serius, namun tiada laporan kehilangan nyawa setakat ini.

#OhmediaNasihat

Buat jemaah yang sedang berada di Mekah, sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan elakkan berada di kawasan rendah semasa hujan lebat. Pastikan juga keselamatan diri dan keluarga menjadi keutamaan. Semoga semua urusan ibadah di tanah suci dipermudahkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo