
Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN2023) bagi enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang bermula 8 pagi tadi, tamat selepas semua pusat mengundi ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi.
Ketika ini seluruh Malaysia sedang menunggu pengumuman dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keputusan undian.
Setakat ini, setiap negeri dilihat mengekalkan status quo di mana Perikatan Nasional (PN) menerusi PAS berjaya mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Kerajaan Perpaduan iaitu gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga menang selesa di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
PH-BN juga berjaya mengekalkan kerajaan di Selangor meskipun mendapat persaingan yang sengit oleh PN sekaligus kehilangan majoriti dua pertiga.
Diringkaskan, PN memenangi lebih banyak kerusi namun keputusan utama adalah sama rata di mana gabungan itu berjaya memenangi tiga (3) negeri dan gabungan PH-BN juga memenangi tiga (3) negeri.
Bagi memudahkan anda, di bawah kami kongsikan keputusan penuh mengikut negeri:
Kedah (PN Menang)
Gabungan Jumlah Kerusi DUN Perikatan Nasional (PN) 33 Pakatan Harapan (PH) 3 Barisan Nasional (BN) 0
Pulau Pinang (PH-BN Menang)
Gabungan Jumlah Kerusi DUN Perikatan Nasional (PN) 11 Pakatan Harapan (PH) 27 Barisan Nasional (BN) 2
Kelantan (PN Menang)
Gabungan Jumlah Kerusi DUN Perikatan Nasional (PN) 43 Pakatan Harapan (PH) 1 Barisan Nasional (BN) 1
Terengganu (PN Menang)
Gabungan Jumlah Kerusi DUN Perikatan Nasional (PN) 32 Pakatan Harapan (PH) 0 Barisan Nasional (BN) 0
Negeri Sembilan (PH-BN Menang)
Gabungan Jumlah Kerusi DUN Perikatan Nasional (PN) 5 Pakatan Harapan (PH) 17 Barisan Nasional (BN) 14
Selangor (PH-BN Menang)
Gabungan Jumlah Kerusi DUN Perikatan Nasional (PN) 22 Pakatan Harapan (PH) 32 Barisan Nasional (BN) 2


![Sanusi Didakwa ‘Tayang’ Kertas Undi, Netizen Mula Persoal Tindakan Menteri Besar Kedah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)