Ini Kisah Ringkas Borneo Samariang Waterpark, Taman Tema Terbaik Sarawak Yang Kini Terbengkalai

6 Sep 2023 • 4:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Borneo Samariang Waterpark sebelum ini pernah menjadi tarikan utama di Kuching.

Ini Kisah Ringkas Borneo Samariang Waterpark, Taman Tema Terbaik Sarawak Yang Kini Terbengkalai. Dibuka untuk kunjungan orang awam pada 31 Mac 2018, Taman Tema Borneo Samariang Water Park sebelum ini pernah menjadi salah satu tarikan utama buat orang ramai serta pelancong luar yang datang ke Kuching, Sarawak.

Taman Tema air ini juga pernah digelar waterpark terbaik di Kuching, Sarawak di mana pengunjung yang rata-ratanya hadir berpuas hati dengan fasiliti menyeronokkan yang disediakan di sini.

image is not available
Ini Kisah Ringkas Borneo Samariang Waterpark, Taman Tema Terbaik Sarawak Yang Kini Terbengkalai. Kredit foto: FB Borneo Samariang Resort City

image is not available
Kredit foto: Malaysia Now

Borneo Samariang Waterpark berkeluasan 30 ekar

Dengan keluasan 30 ekar, Borneo Samariang Waterpark menawarkan pelbagai kemudahan riadah yang menarik kepada para pengunjung seperti Galaxy Slide, Canopy Slide serta Crystal Slide, 6-Lane Racer, Sky Drop, Kids Slide, Leisure Pool dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, taman tema air ini turut dilengkapi dengan sebuah kafeteria untuk para pengunjung singgah jika lapar setelah puas bersuka-ria.

Bagaimanapun, zaman kegemilangan Semariang Borneo Water Park hanyalah sementara apabila ia ditutup pada 17 Mac 2020 berikutan impak Covid-19 dan sehingga ke hari ini, ia masih lagi ditutup. Kini, taman tema air tersebut hanya tinggal kenangan dan sudah lama terbengkalai.

image is not available
Kredit foto: FB Borneo Samariang Resort City

image is not available
Kredit foto: FB Borneo Samariang Resort City

Terdapat cadangan diusulkan untuk membuka semula waterpark ini namun

Namun demikian, baru-baru ini terdapat beberapa cadangan yang telah diusulkan oleh Kerajaan Negeri untuk menghidupkan semula taman tema air ini buat para pengunjung.

Walaupun ramai yang inginkan Taman Tema Air ini untuk dibuka semula, tetapi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh begitu sahaja mengambil alih taman air berkenaan kerana ia ditubuhkan sebagai inisiatif swasta di atas tanah persendirian.

Lagi perkembangan terkini mengenai Borneo Samariang Waterpark di sini:

View Original Article