Ini lokasi terbaik untuk uji kelajuan 5G anda

Technology
27 Oct 2023 • 7:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Digital Nasional Berhad (DNB) pada 26 Oktober 2023 telah mengumumkan pembukaan Pusat Pengalaman 5G mereka. Pusat ini letaknya di lobi Menara TRX Exchange 106 dan yang lebih menarik, ia dibuka kepada orang ramai.

image is not available

Di sini, pengunjung boleh melihat demonstrasi manfaat 5G merentasi industri daripada kesihatan, bandar pintar, keselmatan, pengautomatan, logistik, peruncitan, dan sebagainya. Lawatan berpandu juga disediakan dan orang awam yang berminat boleh mendaftarkan diri bermula 27 Oktober 2023 secara dalam talian di www.my5gportal.com.my.

image is not available

Pusat Pengalaman 5G ini adalah hasil usaha sama antara DNB bersama-sama dengan Ericsson. Ia turut disertai oleh lebih 20 rakan penyedia solusi dalam dan luar negara.

Daripada lawatan kami ke Pusat Pengalaman 5G DNB, pengendali premis menyediakan bermacam-macam bahan pameran, bermula dengan sejarah 1G hingga 5G.

image is not available

Kemudian, diperlihatkan juga contoh peralatan yang digunakan untuk memancarkan isyarat telco anda yang biasanya anda lihat di atas pencawang yang tinggi, tapi di sini anda boleh lihatnya dengan lebih dekat.

image is not available

Terdapat juga kakitangan yang akan menerangkan apakah kegunaan setiap komponen ini dan berkongsikan secara ringkas bagaimanakah telco beroperasi dalam menyediakan sambungan Internet.

Sekiranya anda menyertai lawatan berpandu ini, juga akan melihat bagaimanakah industri memanfaatkan 5G dalam pengoperasian seharian mereka. Antaranya adalah bagaimana pasukan tindak balas awal (first responder) di lokasi kejadian menerima arahan doktor daripada jauh tanpa sela masa sewaktu merawat mangsa kemalangan.

image is not available

Ada juga demonstrasi bagaimana 5G boleh mempertingkat tahap keselamatan individu yang berada di lapangan melalui pemantauan kamera keliling yang suapannya dihantar terus ke bilik operasi.

image is not available

Kemudian, terdapat juga pameran penggunaan sensor-sensor kecil yang disebarluaskan di seluruh bandar sebagai pengesan banjir yang akan beri amaran kepada pusat operasi yang mengendalikan sistem takungan air banjir pintar.

image is not available

Akhir sekali adalah bagaimana 5G mempermudah urusan peruncitan apabila tak perlu lagi individu penjaga kaunter diperlukan disebabkan semua barang yang diambil diimbas daripada jauh menggunakan teknologi gelombang radio.

image is not available

Anda perlu datang sendiri dan lihat pameran-pameran percuma ini.