Ini Makanan Yang Khairul Aming Makan Sepanjang Bulan Puasa Untuk ‘Maintain’ Berat Badan

Health & Fitness
19 Mar 2024 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
khairul aming

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming mengejutkan orang ramai apabila tampil dengan imej kurus pada tahun 2023.

Kongsinya, dia berjaya turun sehingga 20 kilogram pada tahun tersebut dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat.

Terbaru, usahawan ini berkongsi pula menu harian sepanjang bulan Ramadan untuk dia mengekalkan berat badan.

Bukan jaga makan je tau, pempengaruh ini turut ke gimnasium untuk bersenam meskipun berpuasa.

Pada waktu sahur, Khairul Aming hanya mengambil protein iaitu ayam bakar dan telur mata bersama dua gelas air kosong.

image is not available

Petang aku pergi gim dalam pukul 3.30. Ini banyak buat weight training dan biasa aku workout almost setiap hari kecuali weekend untuk rehat. Sebab itulah penting bersahur sebab kita perlukan tenaga, tak nak lah badan jadi lembik.

Untuk berbuka puasa pula, pempengaruh ini mengambil kurma, air teh o kosong tanpa gula dan nasi dalam kuantiti yang sedikit.

image is not available

image is not available

Menjelang malam, dia makan buah-buahan dan protein shake sebagai makanan tambahan. Tetapi, apabila mengidam Khairul Aming akan mengunjungi bazar Ramadan untuk membeli kuih muih dan air manis.

Pesannya, apa yang penting dalam menurunkan berat badan adalah mengawal portion makanan yang diambil dan bersenam.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.