“Ini Malaysia…”Cikgu Masak Tose Jamuan Raya Raih Perhatian Ramai

EntertainmentFood
2 May 2024 • 10:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Ini Malaysia…”Cikgu Masak Tose Jamuan Raya Raih Perhatian Ramai

Sewaktu ketibaan bulan Syawal, Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya akan disambut selama sebulan meskipun suasananya tidak semeriah raya pertama dan kedua.

Bagaimanapun, ia diserikan dengan rumah terbuka dan jamuan raya oleh pelbagai pihak. Bahkan ia juga dimeriahkan dengan kehadiran seperti tetamu kehormat dan selebriti.

Makanan tidak perlu diceritakan lagi kerana di sini pelbagai makanan dan kuih-muih raya dihidangkan seperti nasi tomato, nasi dagang, nasi daging, kuih semperit, kuih mazola, sate dan banyak lagi.

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang guru memasak makanan kepada murid-muridnya di dalam kelas sewaktu jamuan hari raya.

Yang menariknya, sajian yang dimasak itu adalah ‘roti tose’ dan boleh dikatakan perkara yang dilakukan adalah lain daripada yang lain.

Hal ini kerana kebiasaannya, jika jamuan raya diadakan para guru dan pelajar hanya akan membawa makanan yang siap dimasak ke sekolah.

image is not available
Gambar: TikTok @saiful_adli80

Selalunya, jamuan raya hanya akan kelihatan makanan perayaan seperti ketupat, lemang dan kuih-muih. Namun, jamuan ini dianggap ‘rare’ kerana ia mempunyai makanan tradisi India.

Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok @saiful_adli80, seorang guru giat menghidangkan tose untuk anak-anak muridnya di dalam kelas selain mengenakan pakaian Sari.

image is not available
Gambar: TikTok @saiful_adli80

Kalau sudah ada tose tak lengkaplah kalau tiada ‘peneman hidup’, iaitu kuahnya yang kelihatan cukup pekat.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan guru berkenaan kerana dianggap meriahkan lagi suasana.

Malah sebahagian mereka turut menyifatkan hidangan tersebut cukup berselera selepas melihat cikgu tersebut menyediakan makanan popular kaum itu.

Berikut antara komen daripada pengguna platform berkenaan;

“Sekolah mana ni? Bagusnya,” komen salah seorang pengguna.

Ya Allah bestnya cikgu India dia siap bawa dapur buat roti untuk jamuan raya sekolah,” katanya seorang pengguna lagi.

“Yang homemade ni mesti lagi sedap,” tulis seorang pengguna.

“Wah menu rare tu, raya-raya tose. Menu pagi raya family saya wajib ade tose idli putu mayam dan kari kambing,” kata pengguna lain.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih daripada 800,000 tontonan dengan lebih 57,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada netizen.

View Original Article