'Ini Manchester United' - Ten Hag

Football
5 Nov 2023 • 11:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Fernandes (depan) meraikan jaringannya ketika menewaskan Fulham. - Foto AFP

ERIK ten Hag memuji semangat dan ketabahan pasukannya selepas gol masa kecederaan Bruno Fernandes berjaya memastikan kemenangan Manchester United 1-0 ke atas Fulham di Craven Cottage.

Fernandes menjadi wira menerusi gol dari luar kotak penalti sekali gus membangkitkan kembali rentak United selepas kekalahan berturut-turut di tangan Manchester City dan Newcastle.

“Saya gembira dengannya. Saya gembira dengan semangat pasukan dan dengan cara kami mengasak.

“Ia adalah semangat yang baik. Mereka tahu apa standard pasukan. Ini Manchester United. Anda perlu memenangi setiap perlawanan.

“Minggu ini kami tidak berpuas hati dengan apa yang kami capai dan hari ini kami bertambah baik," katanya.

Kecemerlangan Fernandes turut mendapat pujian ten Hag selepas kapten pasukan itu dikritik ketika kekalahan Piala Liga menentang Newcastle.

"Dia memberi tenaga, dia adalah contoh. Anda boleh lihat dengan cara dia mengasak dalam permainan dan cara dia mengejar bola.

“Jadi, dia benar-benar contoh dan dia memikul tanggungjawab sepanjang masa di dalam dan di luar padang dan dia mengambil tanggungjawab dengan menjaringkan gol penting," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved