Ini Masalah Besar Orang M'sia, Suka Halang, Abai Lalu Lintas!

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kompaun paling banyak yang dikeluarkan adalah disebabkan kesalahan halangan lalu lintas serta mengabaikan lalu lintas.

Itu kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Oleh itu, sebanyak 135,915,377 juta saman berdaftar dianggarkan bernilai RM20.38 bilion direkodkan dalam tempoh 34 tahun.

“Jumlah saman itu membabitkan pelbagai jenis kesalahan trafik sejak tahun 1990 hingga kini," katanya.

image is not available

Daripada jumlah terbabit, sebanyak 67 peratus saman telah dijelaskan melibatkan 92,317,493 juta saman setakat ini.

“Jumlah itu membabitkan nilai RM8.56 bilion manakala 33 peratus lagi masih tertunggak iaitu 44,597,884 saman (RM6.54 bilion).

“Bagi tahun ini, sebanyak 4,307,956 saman berdaftar direkodkan daripada Januari hingga 6 November membabitkan RM646.19 juta,” katanya.