Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’

LocalCars
8 Oct 2024 • 7:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar rasmi jenama Audi, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini, Oktober hingga 31 Disember akan datang. Sepanjang kempen ini diadakan, PHSAM menawarkan diskaun istimewa untuk 10 model Audi termasuk kenderaan elektrik (EV) e-tron dan model enjin pembakaran dalaman (ICE).

image is not available

Harga yang ditawarkan bermula daripada RM378,990 hingga RM1.4 juta, bergantung kepada varian. Bagaimanapun, harga ini TIDAK termasuk Pakej Audi Assurance (AAP) iaitu jaminan lanjutan selama 5 tahun, penyelenggaraan percuma selama 3 tahun pertama, serta bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun.

Harga Terbaru Model EV Sepanjang Kempen 'Great Savings'

image is not availableimage is not available

Bagi model EV e-tron, PHSAM menawarkan keempat-empat varian Q8 e-tron pada harga antara RM378,990 hingga RM429,990, bergantung kepada varian.

image is not available

Sedan sport e-tron GT dan RS e-tron GT pula masing-masing ditawarkan pada harga RM399,990 dan RM499,990.

Walaupun harga istimewa ini tidak termasuk Pakej AAP, kesemua model e-tron masih didatangkan dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km.

Harga Terbaru Model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) Sepanjang Kempen 'Great Savings'

image is not availableimage is not availableimage is not available

Bagi model ICE, antara yang menarik perhatian ialah SUV mewah Q5 Sportback S-Line yang kini berharga RM413,990, sedan kompak berprestasi tinggi RS3 Sedan berharga RM499,990, RS4 Avant yang unik pada harga RM699,990 serta SUV flagship berprestasi tinggi RS Q8 S Line ditawarkan pada harga terbaru RM1.4 juta.

image is not available

Kempen ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi pusat jualan Audi berhampiran di seluruh negara atau dapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi Audi di Audi.com.my.

image is not available